Tipikal. Yang muda kena ragging. Ini bukan zaman duduk asrama. Yang kau boleh suruh junior basuh baju, basuh kasut, kemas katil tempat berkubang kau. Ini zaman kerjaya. Malu bila tengok sikap mereka-mereka yang ada lebih kurang sebaya ibu aku memandang sinis dengan ayat pedih cucuk hati.
Aku admit apa yang aku belajar IPG jauh sangat nak dibandingkan dengan realiti yang aku sedang cuba sesuaikan diri sekarang. Aku admit jauh sangat apa yang aku lalui semasa praktikal dengan apa yang aku lalui sekarang. Yes, I am a new teacher.
Mungkin sebab memang rasa tak sabar nak menjadi cikgu itu ada dalam hati bila habis belajar, aku tadahkan saja apa mereka buat. Mungkin masa zaman mereka jadi cikgu baru macam aku dulu mereka kena apa yang mereka buat pada aku sekarang. Ok, positif dan bersangka baiklah.
Tapi masih ada yang mulia. Yang prihatin bertanya. Yang murah hati menawarkan bantuan dalam proses penyesuaian ini. Sungguhlah Allah sentiasa berada dengan hambaNya. Terima kasih atas bantuan yang dihulurkan.
CHEGU ALONG
03 April 2014
29 March 2014
Cikgu
Assalammualaikum.
Debaran yang selama ini aku tunggu lepas tamat belajar adalah tempat di mana aku akan dipostingkan. Mendengar cerita senior tentang penempatan mereka di kawasan pedalaman dengan anak-anak syurga yang dahagakan ilmu cukup buat aku teruja.
3 bulan aku menganggur. Tamatkanlah penantian aku, Tuhan. DIA jua lah yang mendengar permintaan hambaNYA. Dan here we go! Sekolah Kebangsaan Taman Nusa Perintis, Gelang Patah, Johor. Nampaknya Allah lebih memahami hati ibu yang mahu anak-anaknya dekat dengan dia. Johor tempat berkhidmat akhirnya. Please be nice to me. :)

Subscribe to:
Posts (Atom)