Tak silap along minggu lepas,ada seorang pensyarah menyuruh kami sekelas menulis dalam sehelai kertas "apa konflik dalaman semasa remaja dan konflik awal dewasa sekarang diri kamu?". Seingat along ada along menulis "Saya mahu berkawan dengan semua orang tapi ada kawan-kawan saya yang memilih kawan."
Ya!bila along menulis begitu, ianya bukan provok semata-mata. bukan menulis sekadar menulis. Ya! jujur menulis bila diminta. lagipun bukan ada orang tahu sapa yang menulis pun kan? Pensyarah tu ada membca beberapa konflik sahabat-sahabat sekelas. Ya!termasuklah konflik yang dialami oleh along sendiri.
Macam mana ea nak selesaikan konflik nie?nak kawan semua tapi bukan semua orang boleh terima cara kita kan?kadang2 terfikir nak menjaga hati dan perasaan semua pihak tapi along pon manusia biasa..jadi apa cadangan korang??camne nak setelkan konflik nie??
No comments:
Post a Comment