BIG itu BINA INSAN GURU..bukan BESAQ (kata orang utara), bukan BESAU (kata orang melaka), bukan jugak BABI ITU GILA (kata Mei Yoo Magic??owh..sapakah??)..
Ya..Bina Insan Guru ye,kawan2?Camping khas untuk chegu-chegi yang baru masuk sem 1 cam saya nie. wajib nie!! wajib untuk mengHITAMkan muka, menYAKITkan kaki especiali lutut n paha dan juga wajib meMUNTAHkan isi perut bagi yang mabuk laut..
Berjalan dalam masa 4 hari, 3 malam..banyak betul dugaannya..dengan cuaca yang tak menentu, rasanya memang menguji kesabaran bila pagi+tengahari memang terik giler cuacanya cam matahari atas ubun kepala tapi biler petang+malam hujan turun semahunya membasahi bumi IPIS sekaligus membasahkan baju-baju peserta kem BIG. macam tulah keadaannya dari ari pertama sampai hari terakhir..
Alhamdulillah, masih mampu berdiri tegak setakat ini walaupun kaki terasa lenguh, tapak kaki terasa sakit, lengan terasa sengal..tapi syukur sangat2 coz langsung tak SEMPUT sepanjang kem berlangsung..lau ade pun, penat sampai kuar bunyi cam LEMBU NAK KENA SEMBELIH..huhuhu >.<
Hari pertama bermula dengan lapor diri kat Dataran Gerko pastu ada taklimat n pembahagian kumpulan. Kami semua seramai 62 orang diajar dengan asas kawad dan lapor diri. Encik Jaflus, sebagai kem komanden lepaskan kitaorang untuk ke tapak perkhemahan yang tak lah seberapa jauh.. Kat pagar hujung IPIS jek tapi nak naik bukit tu terasa lenguh la jugak coz beg berat (kongsi beg dengan Nurin). Lepas taklimat pasang khemah, kami semua mula pasang khemah. Kali ini ahli khemah seramai 5 orang iaitu aku, Nurin, Syud, Bella dan Nisak.
Ari kedua ---> Berkayak kat Port Dickson ngan Hafiy..owh,tangan lenguh..yuyu masuk khemah kami coz khemah die dah banjir..welcome to da club!!dia tido sangat baik..tegak jew..
Ari ketiga ----> Kembara di Hutan Lipur Tanjung Tuan.kaki sakit..
malam ketiga ---> persembahan kebudayaan..banyak gelak~~
Ari keempat ---> Majlis penutup..balik~~~~(balik tumpang En Jaflus..xyah penat2 jalan..hukhuk..thanks Cikgu!!!!)...
Tiba di hostel : basuh baju bertimbun-timbun..
Mood sekarang : Nak tido..penat basuh kain menimbun..badan sakit2..
Nota kaki : sapa ada minyak panas?mau sapu kaki =.="
No comments:
Post a Comment