Pages

03 April 2010

Bina Insan Guru


Perjalanan bermula di suatu ketika,
Saat ada antara kita yang tak rela,
Siapala yang sanggup menghitamkan muka,
Lenguh badan,sakit kaki menanti juga..

30 Mac perjalanan itu bermula,
Dijangka tamat 2 April pula,
Ramai bawak beg besar belaka,
Tak kurang yang bawak beg kecik saja..

Encik Jaflus kem komanden kita,
Pengurusan masa misi utama,
Bila lambat denda berlari la kita,
Tapi itu semua jadi ingatan sentiasa..

Pengalaman baru misi utama,
Potensi diri diketahui jua,
Maka aktiviti LDK tidak dilupa,
Panduan menjadi guru berguna.

Berkayak di laut kita semua,
Kembara ke hutan ada juga,
Pentingnya nilai kerjasama,
Kalau tidak,mengundang bahaya..

2 April tamatlah kisah,
Ampun maaf silap dan salah,
Moga terbina akhlak dan sahsiah,
Ingatlah jadi guru bukannya mudah..

No comments: