Sedangkan kucing lagi bermesra,
Bertentang mata berpandang muka,
Inikan pula teruna dan dara,
Jelingan manja seronok suka.
Dijunjung langit dipijak bumi,
Kekal di hati teguh di sanubari,
Sayang tersemai kasih bersemi,
Jadi kenangan sepanjang hari.
Bisikan hati cetusan suara,
Mungkin suka bertukar duka,
Tenangkan hati lafazkan bicara,
Terimalah dengan hati terbuka.
Apabila manis bertukar masam,
Tangan dihulur tidak tergenggam,
Wajah ceria bertukar kusam,
Walaupun dulu bagai digam.
Lautan kasih berpantai sayang,
Malam termimpi siang terbayang,
Budi diingat jasa dikenang,
Air mata kasih jatuh berlinang.
nota kaki: aku mahu dia tahu..dia bukan keseorangan..aku perhatikan dr jauh..aku mahu dia tahu dia ada kami,teman-temannya..peace!! V^-^
1 comment:
masih ada sayang.yeaa.
Post a Comment