Pages

31 May 2010

Jangan Baca!! Entri Panjang yg Emo&Sensitif!!

Assalamualaikum.. Anak dara baru bangun tido. Ini betul-betul bukan cubaan. Bangun dari tidur kali kedua ye? Bukan bangun tidur kali pertama. Perangai bangun lambat tu aku cuma buat masa hari minggu saja. Hari Isnin terkecuali ok? Bukan apa, aku penat sangat. Pagi-pagi sudah kena bangun walaupun badan lenguh-lenguh mandi sungai semalam. Semua nie gara-gara perhimpunan mingguan seawal 7.30 pagi. Aisssehh.. aku tak suka perhimpunan! Tapi dah takdir kot. Dulu masa sekolah, aku selalu ponteng perhimpunan dengan si Nasrullah walaupun dia ketua pengawas dan aku penolong ketua pengawas masa tu. Kami memang geng ponteng yang baik! Sangat nakal sampai terkantoi dengan cikgu disiplin sebab ponteng perhimpunan. Kantoi sebab kitaorang duduk kat bangunan bilik SPBT sedangkan perhimpunan kat bangunan pentadbiran. Oh, aku rindu saat itu.

Sekarang, mungkin sebab Nas dah takda dengan aku maka aku rajin sikit bangun pagi nak pergi perhimpunan. Bukan apa, dah lumrah aku tak suka orang membebel lebih banyak dari aku. Aku tak suka orang cakap banyak lebih daripada aku. Aku kan Along? oh, tetiba.. Siyes, ni betul. Aku tak suka perhimpunan kat tempat aku ni sebab banyak sangat songeh dia. Waktu berleter-leteran sangatlah panjang ok? Sangatlah HAWAU kata orang Melaka. Tunggu sampai berpeluh basah ketiak last-last perhimpunan mula lambat jugak. Itu belum campur dengan sesi berleter super-duper panjang. Ok, berhenti keluarkan perkataan tidak senonoh!

Pagi ni, perkara yang sama berlaku. Tapi yang buat aku geram sangat-sangat tahap nak jadi Goku pasal peraturan demi peraturan baru yang diwujudkan. Aku ni bukan penentang yang tegar tapi ada masa aku rasa aku patut bersuara. Peraturan demi peraturan atau dalam bahasa omputihnya, RULES ye murid-murid? Penat, letih dan lelah (ini sinonim) dengan semua peraturan yang diwujudkan atas kerenah birokrasi yang tak pernah kan berhenti.

Aku hairan. Dulu masa Tuan Haji S***** ada, semua peraturan nie takda. Masa tu aku bahagia, aku suka duduk kat sini. Yela, bagi aku dia pensyarah, ayah, tukang masak, tukang kebun, penasihat yang baik. Biarpun aku tahu ada juga yang tidak puas hati dengan dia. Masa dia ada, tidak ada unsur-unsur gila kuasa wujud dalam kalangan manusia bergelar pensyarah atau yang paling tak boleh blah kuasa daripada pak guard. ye, kuasa pak guard ok?? Lepas dia pergi, semua jawatan timbul mendadak, orang tertentu dikenali mencacak suaranya, peraturan dikuatkuasa berlambak-lambak dan akhirnya dosa mengumpat aku meningkat bertambah-tambah.

Aku bukan penentang tegar. Kalau aku rasa aku boleh terima peraturan tu maka aku akan ikut. Memang aku budak nakal. Aku selalu buat salah tapi Alhamdulillah Allah masih sayang. Sentiasa Allah selamatkan aku hingga aku perlahan-perlahan cuba nak ubah diri. Tapi perubahan seseorang bukan 100% boleh diubah dalam masa yang singkat. Itu kamu semua perlu sedia maklum. Aku budak extra nakal. Dari budak yang extra nakal aku kurangkan jadi budak minimum nakal. Tak bolehlah nak mengharapkan aku jadi budak extra baik. Doakan aku, InsyaAllah andai Allah izinkan, aku berubah juga nanti. Tapi bukan hari ini, bukan sekarang.

Tolonglah aku dah penat dengan segala peraturan yang kamu dan kamu tetapkan satu demi satu. Cuba tanya rakan-rakan seangkatan dengan aku. Kami rasa tak ubah duduk dalam gua batu. Paling trajis rasa macam duduk dalam kawalan penjara dan pusat pemulihan. Keluar masuk dikawal dengan manusia gila kuasa dari kuasa sepatutnya. Mahu balik kampung tapi terpaksa terima hadiah jelingan tajam. Dulu kamu kata jangan pakai seluar jeans, jangan pakai seksi-seksi. Ok, fine! Kami ikut! Sudah sopan rasanya keluar masuk sekarang. Sekarang ni isu letak kad pula. Nak letak kad kat tempat sepatutnya pun dikawal. Ambil kad kami pastu nak letak sendiri then bila kami nak cari, eh, kad dah hilang? Pengawal yang letak kat tempat lain so hilanglah bukan kami tak letak kad. eh, kami tahu la. Memang itu peraturannya dari dulu kan? Perlu ke nak bandingkan muka atas dasar tak percaya? Perlu manusia mengawal sampai ramai2, letak kerusi meja depan pagar? Lepak kat meja sambil sembang kosong sambil usik anak dara keluar masuk nak pergi makan? perlu ke? Eh, ini institusi latihan guru bukan penjara banduan baru.

Tahu tak? Pak cik-pak cik teksi yang nak datang ambik kami yang takda transport nie sampai takut nak datang? Sebab diaorang dimarah, diberi tenungan tajam sedangkan mereka memberi kesenangan kepada kami nak bergerak ke mana-mana. Semua atas alasan peraturan. Perlu ke diaorang nak ambil kami sampai kena letak IC segala? Sedangkan jejak kaki turun dari teksi pun tidak? Perlu ke? Tambah menjengkelkan bila ibubapa datang, mereka dimarah kerana dipaksa letakkan IC. Salahkah ibu dan ayah berjumpa dengan anak sendiri? Dari jauh mereka datang disambut dengan semua itu? Aku tak bercakap sembarangan kalau tak terjadi. Antara ibubapa itu adalah ibu abah aku sendiri!! Hei, kamu siapa mahu berkasar dengan ibubapa aku?Sedangkan mereka dari jauh datang nak melawat aku sebelum aku hadapi peperiksaan. Besar sangat ke salah mereka nak datang melawat aku? Lupa ke budi bahasa budaya kita? oh, aku lupa dulu kamu tak belajar Sivik. Sebab itu kamu berkasar dengan orang tua. Itu pangkat mak bapak kamu tahu tak? Apa rasa kalau orang lain berkasar dengan keluarga kamu?? Apa kamu rasa? Fikirkanlah..

Pagi ini, peraturan baru mencabar lagi kesabaran kami. Kami tak pernah mahu buat aduan merata-rata tanpa sebab. Kerana apa? Kami siapa mahu mempertikaikan kalian? Kami tiada maksud untuk menjatuhkan kamu dan kamu. Cuma satu kami minta, kami mohon, dengarlah apa kami rasai, kami lalui, kami terasa hati. Pemimpin yang baik akan mendengar suara orang bawahannya bukan menetapkan peraturan sesuka hati. Kamu kata peraturan untuk mendisiplinkan bukan menyusahkan. Tapi apa yang kamu tetapkan pada pagi ini menyusahkan ramai pihak. Cukuplah segala peraturan dan kerenah yang kami lalui ini. Salah sedikit, kamu hukum! Salah sedikit, kamu keluarkan sejuta jenis arahan dan amaran!

Perlukah semua itu? Adakah itu bermakna kami perlu tunduk dan relakan apa sahaja demi kepuasan hati kamu dan kamu? Mana peluang untuk kami bersuara? Mana? Kamu dan kamu jawab sendiri. Ya! Kamu tidak berada di tempat kami. Kamu ada kuasa, ada kereta menjalar, mudah ke mana-mana. Mudahnya kamu menggunakan alasan menjalankan tugas. Menjalankan tugas tidaklah salah. Aku tahu kamu boleh jadi mereka yang bertugas dengan baik. Aku tidak meragui itu dan sentiasa aku doakan itu. Tapi semua perkara ada batasnya. 100 orang mencaci dan mendoakan kamu kesusahan maka susahlah kamu.

Ingatlah doa orang yang teraniaya itu makbul. Ingatlah satu masa kamu juga akan berada di bawah. Mungkin bukan kamu tapi orang-orang yang kamu sayang. Mungkin mereka akan diberikan kesusahan kerana kamu meletakkan peraturan yang menyusahkan banyak pihak pada masa ini. Ingatlah, Allah Maha Adil. Aku bukan manusia yang baik untuk memberi peringatan tapi aku hanya mengingatkan. Itu semua kuasa Allah. Ingatlah..

nota kaki : entri ini agak emosi dan berunsur sensitif. kamu berhak baca dan nilai. kamu tak suka? tolong tekan tanda X kat atas dan go ahead dengan pandangan kamu. ini pandangan aku. maaf ini bukan mahu ku.. aku dah kata jangan baca!!

4 comments:

fizah said...

oooo along!baru tahu dulu pakat2 ngn nas ponteng...dah tu tak ajak kiteorg...perghhh...haha

CHEGU ALONG said...

hehe..korang bkn pngawas susah nk ajak ponteng.

is said...

fizah: hahahhahahakkssss....
jgn la jeles...
bnda dah lepas..
along: ingat x smpai kite kene
marah ngan nas????

chegualong said...

is~> ingat2...