Pages

29 May 2010

Perhatian!Perokok Membunuh Diri??

Sekarang nie gempar dengan kisah budak 2 tahun yang sudah merokok sebanyak 40 batang rokok sehari! Apa yang nak jadi kepada adik ni bila dia besar nanti? Perokok tegar? Atau tak sempat nak besar dah terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada orang yang tersayang? Yang peliknya apa masalah ibu bapa budak ni sampai tidak dapat berfikiran waras membiarkan perkara ni berlaku? Tahukah anda merokok membahayakan kesihatan dan anda membunuh diri anda dan orang sekeliling anda?
Anda katakan anda sayangkan orang-orang tersayang di sekeliling anda tapi anda merokok berdekatan mereka? Oh, ucapan sayang anda adalah auta semata kerana anda membiarkan mereka menjadi perokok pasif yang risiko bahayanya lebih bahaya daripada anda sendiri. Sedarkah anda kenyataan itu? Merokok hanya sekadar untuk melepaskan tekanan? Ini alasan membunuh diri sendiri yang sering kali dinafikan oleh perokok. Maaf, saya bukan memboikot perokok tapi inilah kenyataannya :
1. merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun
2. 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD)
3. Rokok mengandungi : bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi.
(sumber : sini)
Rock ke merokok dalam umur semuda ini?

TAHNIAH kerana anda memilih untuk membunuh diri anda sendiri.

Anda memendekkan peluang hidup lama yang ada pada anda.

nota kaki : sekarang banyak betul group and page tak suka smoking. thumbs up!

2 comments:

AiDa AzRyN said...

katakan xnak pada rokok.. hehe~

CHEGU ALONG said...

aida~>betui2.. :)