Pages

18 May 2010

Soalan Bocor Falsafah Pendidikan Kebangsaan!!

Ya!aku tahu aku tidak sepatutnya merosakkan akauntabiliti seorang guru dengan melupakan hasrat-harat Falsafah Pendidikan Guru yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Aku mungkir janji untuk berhenti berblogging dengan adanya entri ini. Aku sepatutnya sedar ciri-ciri dan peranan sebagai guru perlu aku patuhi kerana apa? kerana Confucius telah menyatakan dalam Falsafah Pendidikan Timur bahawa pendidikan adalah salah satu cara melahirkan guru yang menjadi fasilitator dan penyampai ilmu yang baik. Aku bakal guru maka aku turut termasuk dalam falsafah itu.

Ya!aku tahu aku tidak sepatutnya memungkiri janji yang terlafaz pada bibirku ini kerana apa? Kerana seorang guru perlu sedar kerjaya guru adalah satu ibadah maka terlahirlah tok guru (agama Islam), rahib (agama Buddha), sami (agama Hindu) dan beberapa istilah lagi khusus bagi pendidik. Namun aku tetap juga mahu memegang prinsip falsafah Progressivisme yang mengutamakan kebebasan memilih kurikulum. Walaupun hakikatnya aku terikat dengan tuntutan penilaian setelah menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) dalam falsafah Essensialisme iaitu melalui proses penilaian.

Ya! Sejujurnya aku penat dengan pelbagai penilaian sejak sekolah rendah dulu. Ucapan terima kasih tidak terhingga atas sumbangan Bapa Pendidikan Negara, Aminuddin Baki yang mewujudkan sistem peperiksaan SRP, SPM dan STPM sekaligus memartabatkan pendidikan negara dengan wujudnya Lembaga Peperiksaan Negara. Aku sedar tanggungjawab sebagai pelajar perlu aku penuhi, bukan merungut seperti ini kerana perlu bagi aku memegang prinsip pendidikan seumur hidup bagi menjamin perkembangan individu yang meyeluruh dari aspek JERIS (jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial).

Kini, jangan ditanya mengapa aku menulis entri ini. Aku berpegang kepada pecahan pendidikan Rabindranath Tagore iaitu pendidikan realistik yang bukan semata-mata terikat dengan buku. Serasanya aku telah memenuhi segala jenis cadangan dalam Laporan Penyata Razak yang mahu Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar. Penulisan entri ini turut bertujuan menyokong hasrat murni matlamat penubuhan Sekolah Bestari yang mengutamakan aplikasi teknologi dalam pendidikan. Malah, tidak mustahil turut memenuhi matlamat Sekolah Wawasan bila entri ini berunsurkan perpaduan jika ada bangsa lain selain bangsa aku membacanya.

Sekian sahaja..Maafkan aku jika anda pening membaca. Ketahuilah jika anda penat membaca, apatah aku yang harus menghadapi peperiksaan ini. Sesungguhnya tidak ada yang lebih baik bagi seseorang itu kecuali dia mendoakan saudaranya. Akhir kata, doakan kejayaan aku. Terima kasih.

nota kaki : tidak mengamalkan prinsip FPG bila aku menipu kalian dgn tajuk entri di atas. Maaf.. Tapi percayalah terselit jua soalan SPOT dari perengan di atas..Pasni jangan tanya kenapa Bahagian Pendidikan Guru cari aku!!eh..entri di atas cumer nota2 yg aku baca bukan soalan bocor ye??cian korang dan aku.. :(

6 comments:

.zulaikhabukanpenggoda. said...

brani eh kau long. haha.

kreatif some more. :)

thumbs up!

CHEGU ALONG said...

haha..aku taw kau suker.. :)

rAy jR...@...Aliff said...

seperti juga kata2 dalam adegan "laskar pelangi"

"mimpiku bukan menjadi isteri saudagar...
mimpiku menjadi guru"


o yeahhhh...kekekeke

slamat ari guru..

Lepat Pisang said...

Selamat berjuang demi bangsa,agama dan negara..ganbatte ne!

maCy said...

ahaha.. sgt brani meyh..huhu

dUrRaNi said...

gila laaa....
punya banyak spot fpk kali nii....sume cam sma lagi 2....
cb la ada spot utk pkk n bm lg..kan bez...hehehe