Pejam celik, bukak mata tutup mata..Sudah 2 tahun teman..
2 tahun aku ngadap muka kau dan kau ngadap muka aku..
2 tahun aku amik makanan kau, kau amik makanan aku..
2 tahun aku selalu tido dalam kelas, bila exam aku curik nota kau.. bila malas,kita phostostat jek..
2 tahun kau kadang-kadang tido dalam kelas, aku tolong 'back up' kau.. biasalah tu malam semalam tido lambat..
2 tahun bila lecturer boring ngajar, aku ngan kau sama-sama buat 'ketupat' kat belakang, sama-sama buat dosa kering, gelak-gelak sampai kena marah baru diam..
2 tahun bila lecturer ngajar,kita main-main.. tapi bila exam kau dan aku sama-sama pening..
Terima kasih teman... hari ini 14 Julai 2010 maka sudah genap 2 tahun.. Aku dan engkau.. Kita dan mereka melangkah ke depan demi mengejar segulung ijazah.. 2 tahun meniti usia di sini dalam usaha menjadi pendidik..
Kalau dulu kau masuk comot, sekarang kau dah cantik..
Kalau dulu aku masuk biul-biul lagi, sekarang makin cerdik..
Kalau dulu masuk muka budak sekolah, sekarang muka dah layak jadik cikgu sekolah..
P/s : Moga aku dan engkau akan terus bertahan..
Tak lama kawan..3 tahun lagi.. ^__^"
2 comments:
amin! :DD
peh chegu..emo sungguh anda.cool ok.
semoga kekal abadi.hee
Post a Comment