Pages

07 August 2010

Untuk DIA..

Assalamualaikum..
Aku bukan penulis yang baik. Sehingga seringkali apa yang aku nyatakan di sini ditafsir dengan makna yang lain. Aku tahu aku bukan penasihat yang baik sehingga sering kali niat untuk menyatakan pandangan dikatakan mengutuk. Demi nama Allah yang menciptakan, tiada sedikit pun terniat mahu mencari gaduh, menyakiti hati orang lain selama mana aku menulis di dalam teknologi sedia ada ini. Aku manusia biasa. Sering kali apa yang ingin aku katakan, mungkin kamu tafsirkan berbeda.

Jujur dari sudut hati, aku memohon maaf kepada dia yang ku kira telah ku guriskan garisan terdalam luka di sudut hatinya. Entri itu telah ku padam. Kerna seorang yang lain merasakan entri itu ditujukan kepadanya dengan salah faham bahawa aku tidak memahami dirinya. Sahabat, itu bukan ditujukan buatmu. Maaf kerana mungkin ada persamaan di situ. Kepada dia yang aku sakiti, aku tahu sukar, pahit untuk kau memaafkan aku. Tapi tiada yang lain niat ku agar kau seperti dulu.

Katamu, kau berubah kerana aku jua berubah. Demi Allah, tidak akan pernah aku mainkan nama Allah dalam tutur kataku andai itu tidak benar. Sahabat, tidak pernah terlintas untuk membangga dengan keputusan yang Allah suratkan untuk diriku.Tak pernah aku melihat kau sebelah mata, jauh sekali merasakan diriku mulia. Kau pernah menjadi sahabat terbaik dalam hidupku. Saat aku perlukan pertolongan, saat aku harapkan seseorang, kadang-kala kau boleh menjadi penasihat walaupun ada beda dalam usia kita. Tapi itu bukan penghalang.

Jujur, tak terniat aku menulis kerana ingin menyakitimu. Aku lelah, aku penat mendengar suara-suara sumbang menyatakan perihal dirimu. Cukuplah, aku nyatakan di sini kerana aku tak punya kekuatan untuk menegur secara berdepan denganmu. Bagiku, umur, status, kepandaian tak membawa perbedaan sepanjang persahabatan aku dan engkau. Aku tahu kau tafsirkannya berbeda. Tapi aku tak salahkan mu.. Bagaimana harus aku katakan aku lakukan kerana mahu melihat kau seperti dahulu? Mahu kau disenangi oleh sahabat-sahabat kita seperti dulu.

Aku tahu siapalah aku untuk menegur dirimu tapi itu aku lakukan kerana kau sahabatku. Arghh.. bagaimana aku ingin katakan padamu andai di sudut hatimu sudah kau tafsirkannya berbeda? Aku tahu aku tak sempurna, aku tahu aku bukan malaikat, aku tahu mana mungkin aku memuaskan hati semua pihak. Ya! Aku sedar itu. Demikian jua dirimu. Tidak ku katakan aku tidak puas hati dengan dirimu kerna tingkah lakumu. Katakan padaku statement mana yang kau rasakan aku mengutuk dirimu sebaaimana mereka tafsirkan? Tidak ku tegaskan aku membenci dirimu. Tidak.. Itu bukan maksudku. Aku hanya bertanya mengapa orang katakan kau berubah. Ku ingin tahu atas faktor apa kau berubah andai benar kau berubah. Hanya itu maksudku.

Ya! Memang salahku meluahkan disini dan bukan memilih cara berdepan denganmu. Jika kau tanyakan pada sesiapa pun, aku kira mereka bersetuju denganmu jika mereka tafsirkan niatku berbeda. Tapi aku tiada kekuatan itu. Itu salahku. Aku bukan penulis yang baik hingga aku tahu mencalar hatimu dengan kata-kataku. Sekali lagi, ku mohon maaf. Ku mohon ampun. Ku harap Ramadhan yang tiba 2 hari lagi akan memulihkan keadaan seperti semula. Maaf dengan tutur kata yang mungkin kau tafsirkan kasar hingga melukakan hatimu. Aku bukan penulis yang baik, Aku bukan pencoret kata yang indah.. Maka, maafkanlah aku..

3 comments:

naz said...

ikhlas itu paling menarik dari penulisan

iQaChumel said...

peh.kenapa nih chegu..?erm..
biasalah.manusia ni cepat terasa. bila tulis nama terang2..marah.
bila berkias,terasa.xpaham la..
cool chegu

Tomato Gurl's Life said...

jgn sedih ye along...normal la tu kita xleh puaskan hati semua org..yg penting kita ikhlas kan2..