Pages

20 October 2010

Kita Kan Berbeza??

TOLONG JANGAN BACA ENTRI NIE...

Ini bukan entri sentap.. cuma entri emosional. Kau tak suka??? Sila tutup blog aku sekarang dan pergi jauh-jauh. Aku tak nak ada yang muntah hijau atau buat mulut itik lepas baca entri nie.. Entri nie bukan penting pun tapi suka hati aku la.. Blog aku kan??

Bila aku kata kita berbeza, kau percaya?? Sila percaya. Kau dan aku tak mungkin bisa sama, serupa dan sehati mahu sejiwa. Ok, takpe! Aku cuma nak bagitahu kita tak sama maka kita berbeza. Tengok badan, oh memang berbeza. Kalau kau kurus cekeding, dah nyatalah kita berbeza. Kalau kau stok tembun-tembun macam aku, mungkin kita nampak serupa tapi kita tetap berbeza. Lemak aku kat lengan nie mungkin lebih besar kapasitinya berbanding kau. Mungkin jugak lipatan yang terbentuk di pinggang kau banyak sikit dari aku. Ok, itu bermakna kita tetap berbeza. Dah jelas sekarang? BAGUS!!

Point kedua : Kau dan aku memang berbeza. Kau, aku, dia dan kita memang dilahirkan berbeza. Kalau semua manusia sama, tak kah pening kepala nak mencari yang istimewa? Maka, bila ada sesuatu yang aku rasakan penting dan kau rasakan remeh, oh itu tidak mengapa. Sama jua terjadi bila aku merasakan apa yang kau rasakan remeh sedangkan itu adalah penting bagi kau. Maka, janganlah tengok apa yang orang lain rasa tu macam satu kesalahan sedangkan dia rasa benda tuh biasa saja. Pendek kata, biarlah si empunya diri yang rasa. Kita kan berbeza? 

Oh, kenapa kau masih membaca??? Kan aku dah kata jangan baca! Ikut suka kau la..

Point ketiga :  Kita dibesarkan dengan cara yang berbeza maka apa yang membentuk acuan hidup kita juga berbeza. Kau, aku, dia dan semua punya didikan keluarga yang nyata berbeza. Walau kau dibesarkan dalam keluarga yang sama, mungkinkah acuan sikap dan personaliti kau dan adik atau abang dan kakak kau sama? Kalau tanya aku, aku aku kata TIDAK! Sebab, didikan mungkin sama tapi sikap dan personaliti yang terbina dalam diri kau adalah anugerah Allah yang kau pupuk hasil didikan keluarga. Contoh terdekat aku dan Angah aku. Kami lahir dari rahim yang sama, paduan sperma si Adam dan ovum si Hawa tapi tetap juga kami berbeza. Aku kasar, dia lemah lembut. Aku itam manis, dia putih cina. Kan berbeza tuh? Betul kan kita berbeza??

Dah.. cukup! Jangan baca lagi.. Aku dah merepek meraban pun kau baca jugak. Dah panjang nie weh!

Point keempat : Ada orang dia memang rapat dengan keluarga, kalau berenggang dia cepat rasa rindu. Ada orang biasa-biasa saja. Ada yang sayang tapi dia tak pandai nak tunjukkan pun ada. Cara tu ikut keluarga masing-masing. Jadi jelaskan kita berbeza? Macam aku, orang lain rasa mesti manja gila. Sebab dah terbiasa setiap hari aku dengar suara ibu dan abah. Setiap hari ye?? Lagi satu, ibu dan abah. Jelas? Abah aku kan duk Johor sebab kerja, ibu aku pulak kat Melaka sebab abah belum jumpa rumah lagi lepas transfer office last month. So, kalau aku tetiba dengar suara abah bila cakap ngan ibu maknanya abah balik Melaka la tuh. Tapi, pas cakap dengan ibu, abah pulak kol lagi. Senang cakap, kalau ibu kol aku petang, malam sat lagi mesti dengar abah pulak kol. Kadang-kadang aku rasa macam dah jadi rutin. Pagi biasanya atau lepas habis kuliah, aku serba salah kalau tak dengar suara diaorang. Maka, handphone dicapai, nombor didail dan terdengarlah suara mereka. Rasa dekat walau jauh. Mungkin bagi aku itu rutin tapi mungkin pada kau macam membazir kredit jek? Yelah, buat apa kol tiap-tiap hari. Ada aku kisah? Kita kan berbeza?

Dah panjang aku melalut, aku nak stop kat sini. Kalau sampai ke perkataan yang ini pun kau baca, aku pun tak faham mengapa. Kalau kau baca dengan minda terbuka, kau akan terima apa aku kata. Tapi kalau kau terjemah dalam keadaan syak wasangka, aku tak boleh kata apa. Itu terpulanglah pada diri kau. Sebab.. Kita kan berbeza?? Terima kasih membaca. Noktah!

4 comments:

Iskandar Ismail said...

along,
huh,panjng lebar ko type yew...
hihihihihi...
memang setiap insan berbza... kembar siam pown berbeza dari segi rohani...

noorafzan.blogspot.com said...

betul2 saya baca yang kuning tu je.
dah sedari tak bagi baca kan.
hehe~

name yang mak dan ayah aq bagi said...

http://susah-susahblog.blogspot.com/2010/10/karya-ku-bukan-sampah-part-1.html#more

Asri Alam said...

aku tak baca..

ok aku tipu, asyik2 nak larang aku baca sampai habis