Pages

14 November 2010

Aku yang Bongok ke Kau yang Bangang??

JANGAN BACA. INI ENTRI SENTAP!!

Aku yang bongok ke kau yang bangang? Aku tahulah aku ni cepat sangat tak sampai hati, cepat kesian kat orang lain. Sebab tu la kau ambik kesempatan kan? Weh, masa aku tolong kau tuh aku ikhlas kot? Walaupun kawan-kawan aku semua kata : "Kau nie cepat sangat percaya kat orang." Tapi aku senyum dan balas : "Takpe, time ni time dia susah. Kita tak tahu lagi." Sebab aku kesian kat kau. Mungkin sebab masa aku kenal kau, aku rasa kau baik. Pastu bila kau kata kau dapat study dekat sangat dengan tempat aku, aku kata baguslah. Kau siap ajak aku hanging dengan kau. Tapi sebab aku busy sangat so aku memang tak sempat. Bila kau rasa macam aku ni baik dengan kau, kau pijak-pijak kepala aku. Aku ni kesian kat kau sebab kau kata kau orang susah! Aku biasa susah lebih teruk dari kau sebab tu aku sangat faham apa perasaan susah.

Tapi pehal kau ambik kesempatan sebab aku kesian kat kau? Ke aku yang bongok sebab percaya kat kau? Aku kesian bila aku dapat mesej kau : "Akak demam, g klinik tadi. Akak terpaksa g klinik pakar sebab doktor suspect sakit kronik kat bahagian kepala. Akak kena inject, amik darah sekali. Skrg nk byr xde duitlah.nk pnjam duit boleh?" Terus terang la weh. Aku memang sengkek masa tu. Time musim aku assignment banyak, kau mintak tolong aku. Aku terus tolong weh. Padahal masa tu aku kena tahan perut jugak kot sebab mana nak makan, nak print assignment. Aku dah lah takda printer. Print sehelai 20 sen kot. Kalau assignment aku 50 muka, dah berapa weh? Darab dengan berapa banyak lagi assignment aku. Mungkinlah orang yang ada duit banyak akan kata : "ala.. Relax la! Ciput je tu." Tapi aku bukan orang senag weh. Kau ada fikir semua tu? Aku rasa kau tak fikirlah kan? Kalau kau fikir, kau tak buat aku camgini.

Tak cukup dengan duit aku yang kau tak bayar lagi, kau nak pinjam lagi duit dari aku. Sebab kau kata nak balik raya tapi takda duit. Kau fikir bapak aku ada bank kat belakang rumah ke? So, bila-bila masa boleh la aku cucukkan ATM kad kat situ then tadaaa! Dah ada berapa banyak yang aku suka. Aku pun orang susah jugak beb. Kau dah janji nak bayar kan duit aku bila pinjaman kau masuk?? Apa cer ni beb? Dah nak masuk 3 bulan ni der..

Last week kau mesej aku kau kata nak datang hostel aku nak pulangkan duit aku. Dalam hati aku kata, bagus la.. Bukan apa orang dah memberi, kita kenalah berbahasa. Masa kau nak pinjam dulu, pinjam cara baik kan? Sekarang bila ada duit, pulangkanlah. Pulang sikit-sikit pun tak apa. Aku bukan kejam sangat nak kau bayar sedepuk macam tu. Tapi last-last kau senyap je bila hari yang sepatutnya kau datang tu. Aku baik sangka lagi, mungkin kau terlupa agaknya. Aku mesej kau tak balas jugak. Malam ni aku mesej lagi. Kau terus tutup nombor tu. Kau tukar nombor eh? Senyap-senyap kau eh? Baget ligat la tu. Apa yang boleh aku kata : KAU MEMANG SIOOOTTTTTT!!!!! Takpe, aku sabar lagi. Aku kol pulak nombor lagi satu, kau dah pas nombor kau kat orang lain pulak? Baguskan kau ni? Hutang orang tak bayar, kau boleh pulak rajin beli nombor baru semata-mata nak elak dari aku. Berapa lama dah kau buat macam ni??

Aku mesej budak yang duduk satu kolej dengan kau dulu. Yang buat aku terperanjat, budak tu kata : "Oh, dia memang macam tu. Sebab tu ramai yang tak suka dia sebenarnya. Selalu hutang tapi tak nak bayar. Ramai kena tipu sebab orang kesian bila dia kata dia sakit kronik. Pernah jugak dia songlap duit kolej. Kenapa? U terkena ke?" Aku rasa macam nak hantuk kepala kat dinding. Aku yang bongok ke kau yang bangang sekarang nie?? Budussss....



Aku tak nak mencarut ke hapeh time aku tengah exam ni. Jauh skali nak tambah dosa. Tapi sebab kau, aku memang tak dapat nak tahan dah. Dah lah, kau pergi jauh-jauhlah. Jangan berani lagi muncul dalam hidup aku!! BERAMBUS!!!!!!!!!!!!!

6 comments:

Amirah Adnan said...

berambus..syuhh syuhhh..haha! da halau da.. gne ridsect..oke? :p

CHEGU ALONG said...

amirah~> dia kebal dgn ridsect.kasik sembur dgn racun tikus!

** eh, kan dah kata jgn baca??baca juga?takmo dgr ckp chegu ye..nk kena babap nie..

nuanza said...

alamak..dh terbaca gak la...huhuhu...apo nk dikata... benda dh jd..beringat2 je la lenkali..sama gak la yg tgh membaca ni, mengmabil iktibar dr pengalaman org lain...

Shino said...

xleh nk wt pape la klu da kn cmni...adush...

Jinx said...

sabar,, chegu..
suatu saat pasti kembali duit tuh...
mungkin je..dia mmg belum bisa bayar..
sabar ye... tuhan sayang orang yg sabar...

misyamissyou said...

huh! mmg xley bla...jgn harap la lepas ni nak bg muka lg..sabar okay..dia yg berhutang..tangung la dosa..hutang berat kot..