Pages

01 November 2010

Cerita Lapuk!!

Selama nie asyik kau jek tulis surat.Tak pernah kau nak bagi peluang aku menulis surat. Baik kau ngaku. Mana tak nyer, berpinar mata aku membaca sumer jenis surat yang ada dalam simpanan peti besi kau tu. Nah, terimalah pula surat dari aku.
******

Ke hadapan mak cik hot, Zuely..
Aku tau mesti dalam benak fikiran kau, kau kata : "Gilak babeng punya lambat entri minah nie. Berkurun dah kot.." Tapi aku nak kau tahu, ada aku peduli?? wuwuwu.. Ok2,aku nak kau tahu aku ambik masa yang lambat nak tulis surat kat kau ni pasal kamera aku tu bengong, tak sepandai tuannya. Dan kebetulan yang menjadi mangsa tak boleh diupload ke lappy ialah gambar kau dan aku. Yeah! Kau dan aku, bukan kau dan dia.

Dan oleh yang sedemikian, aku gagah gigihkan jua jari-jemari aku menekan keyboard usang ini khusus buatmu. Aku sedar, penulisan aku tak sehebat kamu. Tapi ini sahaja yang aku mampu, sayangku. Walaupun pertemuan kita sememangnya super express yang kalah pos express tapi terima kasih kerana sudi keluar dengan aku. Walaupun mulanya aku ingat kau meraban tertelan ubat julap bila aku dapat message : "Kau kat mana?Balik Melaka?Nak keluar dengan aku tak?" tapi sebenarnya aku hepi dapat message tu. Sebab aku memang tengah meroyan mintak bapak aku bawak aku keluar jalan-jalan. Nah! Dah jelas kau dengan aku sehati sejiwa. Kau boleh baca fikiran aku. Terima kasihlah, yayang..

Dah, aku malas nak tulis panjang-panjang. Nanti kau meroyan pulak nak baca sebab aku tau mesti kau tak habes baca lagi nota-nota Murid Alam Belajar kan? G baca buku la, Zuely! Jangan ngadap laptop jek. Periksa kan dah dekat? Ciss.. nasihat orang lain, aku pun sama.

Aku tau kau tahan boring jek kuar dengan aku kan? Sebab aku sebenarnya cam kagum kat diri sendiri dapat kuar jalan-jalan hari tu. Oh ya! Sebelum terlupa, terima kasih sebab kau ajak aku g A&W and try CoolBlog masa kita kuar aritu. First time kot.. Wah! rasa macam duduk dalam gua pulak aku ni, semua first time. Ikhlas dari hati aku, aku nak cakap : "Thanks, Zuely! It was a great memory.." Dah, berhenti baca sekarang, Zuely. Kau kena pigi baca buku sekarang. Sekarang ok? Aku pun nak baca buku gak nie. (tolong percaya). Good luck, sayang.. Moga dapat result gempak. Amin.



** Aku tak suka muka aku dalam gambar-gambar nie. Sebab aku nampak tua sedangkan kau awet muda. Damn!!

2 comments:

bukan penggoda said...

keh keh keh. ai terharu uols. weeee!

fndrocka said...

Hati2 berkwn dgn zulaikha tu yer