Pages

09 November 2010

Penunggu Kotak 32 itu...

Sian ibu. Tadi ibu tepon. Ibu kata : "Along, depan rumah kita ada penunggu! Ibu tak tahu nak buat apa.. Penunggu tu bawa ahli keluarga dia datang duduk dalam kotak depan rumah kita." Terus kepala aku dapat imagine kotak bernombor 32 depan rumah. Ye, kotak 32 yang tak lah besar mana. Terfikir macam mana penunggu tu boleh bawak ahli keluarga masuk dalam kotak tu. Lantas terus ku balas, " Takpe, bu. Zikir banyak-banyak. Jangan sampai dia masuk rumah. Everything will be ok? Jangan risau ya?". Ibu cuma balas, "Yelah. Nanti kalau ibu berani, ibu hantarkan muka penunggu-penunggu tu kat Along." Apa lagi yang aku mampu balas? Cuma, "Yelah, bu.. Ibu hati-hati ya?"

MMS diterima. Memang ada penunggu dalam kotak 32 itu..

2 comments:

Jey Yusuff said...

ingat ape td. kucing rupanya

kakak dan abel said...

penunggu 32 ternyata kucing..comel juga tu kucing