Pages

03 January 2011

Aishhh...Pergi Sekolah Cepat!!

Assalamualaikum..
Hari nie hari Isnin. Ada yang masih tak percaya yang hari ni berakhir sudah cuti sekolah. Jadi, sila teropong betul-betul tarikh hari nie. 03 Januari 2011. Adik-adik yang dah puas duk main selut ngan polis sentri sila berhenti berangan nak ponteng sekolah. Aisshh.. Pergi sekolah cepat..

Hari nie juga bermulanya semster baru untuk aku. Setelah sebulan lebih bercuti, memang panas jugak kepala nie, mau berpeluh-peluh menahan panas pagi terpaksa ke perhimpunan pagi nie. Oh, selalu anak dara nie masih berselubung di atas katil tanpa rasa segan. Alasan sinonim pada si ibu, "Ala, Along bukan selalu cuti pun. Bagilah can nak bangun lambat sikit." Macam biasa jugak lepas kena panggil dengan lemah-lembut, penghabisannya mesti dibambu dengan leteran panjang yang juga sinonim, "Aishh..Anak dara, tak baik bangun lewat. Bangun cepat!!" 

Thats why lah pagi ni terasa janggal. Bangun pagi nie tiada lagi leteran ibu. Yang ada cuma jam penggera handset berbunyi lantang. Oh, tambah pening sebab terpaksa beratur panjang menanti giliran bilik air untuk mandi. Damn! Pagi-pagi air sangat slow. Mungkin air kat toilet tu sentap lepas ramai sangat bersiram di waktu pagi dalam kadar yang ramai. Aduh.. Permulaan hari macam hari ni pastinya membuatkan mak bapak di luar sana turut pening. Yelah, dah sebulan anak-anak cuti. Mesti liat nak bangun awal pagi untuk ke sekolah.. Aishh... Pergi sekolah cepat!

Kepada adik-adik Along (Atin, Siti dan Emy) yang memulakan sesi persekolahan pertama di sekolah baru, Selamat Kembali ke Sekolah. Jangan nakal-nakal di sekolah baru. Untuk Angah yang malas nak sambung kuliah lepas praktikal di hospital, jangan malas-malas. Mana ada nurse malas-malas. Aishhh.. Untuk Ajoi yang jauh kat Kedah, jaga diri baik-baik sayang.. Tak lupa untuk ibu dan abah, Along homesick nie. Betul.. TAK TIPU!! Ok, tamat sudah dedikasi untuk family.

Selamat Kembali ke Sekolah!! Selamat Kembali ke Kuliah!! 

No comments: