Pages

02 January 2011

Entri Lapuk VS Entri Awal 2011??

Bismillahirahmanirahim.. Assalammualaikum semua.
Ungkapan mulia aku mulakan selepas sebulan lebih aku biarkan blog nie terbiar. Sebulan lebih aku diam, aku jauh dari blog. Aku lupakan rutin update entri. Hinggakan pelbagai benda yang berlaku dalam hidup aku, aku biarkan berlalu tanpa medium. Aku lari jauh. Trafik blog jatuh menjunam macam bunuh diri dari menara tinggi. Oh, itu perkara biasa setiap kali aku bercuti semester.

Hasrat dan niat dah ada tapi entri terus dibiarkan lapuk. Tak mengapalah, ini cuma blog picisan sekadar medium tanpa suara. SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada yang mengenali dan rakan-rakan blogger. Ya! Aku lewat. Bermakna entri ini adalah yang terlapuk dalam kalangan mereka yang mengucapkan selamat tahun baru kepada kalian. Tak mengapalah, ini entri awal tahun 2011 aku. Menjadi petanda aku akan kembali menulis kembali. InsyaAllah, kembali mencoret kisah-kisah yang berlaku dalam kehidupan. Moga tahun baru membawa seribu makna buat semua. Amin

*** Sebulan aku menghilang, aku rindukan dunia blog ini.
**** Kembali bermula semester baru, hilang sudah senior-seniorku.. Selamat Berposting ke sekolah. Moga menjadi cikgu-cikgu yang baik.

1 comment:

Miss Ziela said...

selalulah update blog ni...best bace entry yg bawah2 tu..eheee..jemput2 ke blog sy ye