Pages

14 January 2011

Untuk Perhatian Blogger : Kualiti ke Kuantiti??

Assalammualaikum..
Jam tepat pukul 2.30 pagi. Mata masih tak mau lelap. Oh, tolonglah lelap, esok ada kelas! Mood untuk menulis masih belum stabil. Semuanya masih tergantung. Tak tahu kenapa tapi sedang cuba menstabilkan diri sendiri. Ok, Along sila tulis entri yang berkualiti sekaligus meningkatkan kuantiti entri. Ok, Along sangatlah tak pandai nak bagi tips kat orang. Sebab tu selalu saja failed kalau ada soalan macam ni :

"Nak buat box tu macam mana ya? Nak masukkan video tu macam mana ya? Nak masuk blog list tu camna ya?"

Benda yang simple-simple pun selalu sangat Along gagal nak bagitau orang lain. Mungkin sebab tu Along tak boleh jadi kawan blogger yang baik. Even benda yang diaorang tanya tu ada dalam blog Along tapi nak terangkan terasa sangatlah payah. Adoi, Lampi betul!! ** singkatan untuk lambat+pick up = lampi ** ^_^"

******

Dah lama tak blogwalking, asyik tengok blog yang makin hari makin malap, suram, dan gelap. Adakah disebabkan faktor blog ni memang berwarna hitam? Yang itu sangatlah tak pasti. Mungkin salah satu sebab. Tabiat sebahagian blogger ialah mengumpulkan follower. Follower ke cara nak menunjukkan blog kita famous? Atau kehadiran komen2 membina? Tengok je la blog nie slow je, lembab dari kura-kura. Kadang-kadang Along selalu salahkan diri sendiri. Yelah, dahlah tulis ntah apa-apa pastu bermusim. Bila cuti je terus stop sedangkan blogger mantop kat luar sana rajin menulis dan tak kering-kering idea diaorang. Along? Bila cuti adalah misi untuk menaikkan otot-otot aka lemak di badan. Dush!! Nyampah betul takda berukband nie!
 ******
Nasib baik admin ICT maktab semakin baik sekarang. Banyak website yang dulu kena block dah boleh access semula. Bagus! Lepas ni boleh tingkatkan kualiti dan kuantiti. Kalau Internet slow lagi, sasaran pasni letopkan makmal Jabatan Teknologi. Yeahh!!

No comments: