Pages

13 February 2012

Diari Pagi 13 Feb 2012

Bangun tergesa-gesa di awal pagi, jam menunjukkan pukul 6.40 pagi. Ok, fine! Memang agak lambat untuk bangun, mandi, solat Subuh dan bersiap ke kuliah. Dua hari cuti di rumah tanpa buat apa-apa sangat masyuk. Itu semua orang pun paham kan? Bila Isnin mesti muncul penyakit malas+moody yang selalu aku panggil "Monday Moodness".

Tergesa mandi tapi masih sempat berangan. Selamat solat subuh pada masa jam menunjukkan 6.50 pagi. (Sila jangan ikut cara saya. Solat di awal waktu sangat baik). Terhegeh-hegeh bersiap. Hajat nak pakai tudung dan handbag baru. Tapi sebab barang sangat banyak nak dibawak maka hajat nak bergaya beg baru terpaksa dilupakan. Nasib baik tudung sulam-sulam baru warna biru dalam keadaan siap yang haru biru boleh pakai dengan sangat senang. Sebab tudung tu, jenuh kena giat oleh housemate. Tapi okla. Pagi-pagi sudah diceriakan oleh diorang. Tenkiu la korang.

Sampai jek, terpaksa lama2 dalam dewan sebab perhimpunan lama giler. Tau-tau jek boleh pulak dak2 ni kata takde kelas arini. Sengal jek! Tapi masuk kelas jugak. Kena giat lagi pasal tudung. Blushing... blushing.. blushing wane warni muka nie kejap.. ngeh2..ok, GEDIK! *__*"

Macam-macam benda nak buat petang nie.Ok, bye!

No comments: