Pages

15 May 2012

Selamat Hari Guru!

Salam.
Jangan baca. Entri bosan disulam mood exam paper kedua.

4 tahun yang lalu, dialog ini berlaku semasa sesi Minggu Mesra Siswa :

Kakak fasi : "Maaf dik. Nama adik dah dikeluarkan pagi tadi. Ada waris buat panggilan cancelkan nama adik.
Budak comel : Hah? Jangan main-main, kak. Takkan cancel? Baru 3 hari saya orientasi kat sini.
Kakak fasi : Betul dik. Akak tak tipu.

10 minit kemudian.... Tut-tut.. Tut-tut.. Handphone diangkat..

Abah : Along! Hang dapat masuk maktab nie. Seronoknya abah..
Budak comel : Hah? Along tak maulah, bah. Kan dah habaq? Orang tak mau jadi cikgu.
Abah : P la. Try dulu. Mana tau nanti sok lusa hang suka. Abah cancel dah nama hang kat U tu.
Budak comel : Huh..orang kata tak mau, p cancel nama buatpa?
Abah : ... gelak panjang ...

Selepas 2 hari kejadian di atas, aku gagahkan juga daftar diri ke IPG. Susah jugak nak sesuaikan diri. Jiwa bukan dalam bidang ni. Hinggalah tiba satu mesej yang sehingga sekarang aku simpan mengubah niat aku untuk terus dalam bidang ini. Mesej dari ibu : 

Selamat Pagi CIKGU!!  Semoga cikgu menjadi guru cemerlang & bakal mendidik anak bangsa dengan cekal & dedikasi. InsyaAllah.. Semoga anak ibu ini tabah & berusaha gigih untuk menghadapi segala rintangan demi  niat murni menjadi GURU. Ibu dan abah berbangga Along menjadi seorang GURU..

Sejak itu, aku tahu memang ini niat ibu dan abah. Memang ini harapan ibu dan abah. Walau aku tak suka, aku memilih untuk teruskan juga. Kini.. Selepas 4 tahun aku bangga mengatakan "Yeahh! I'm proud to be a future teacher". Betul cakap orang, pilihan ibu bapa selalunya terbaik untuk anak-anak. Mungkin berkat dengar cakap ibu abah kot. Terima kasih ibu dan abah. Alhamdulillah, Allah dorongkan jalanNya untuk berada di landasan dunia pendidikan. Banyak betul yang aku tempuh sepanjang di IPG. Dan pastinya, doakan aku mampu menjadi pendidik yang baik di masa depan. Amin. 

Kepada guru-guru saya dan semua guru tak kira di mana lokasi anda, SELAMAT HARI GURU! Terima kasih atas jasa-jasa cikgu. Tahniah kerana anda peroleh saham besar di akhirat kelak atas usaha mendidik dan membimbing anak bangsa. 

* Sila abaikan guru penyayang yang garang baik hati di bawah. :P



****
Trimas darling yang awai gila wish Selamat Hari Guru. I HEART YOU!!


15 comments:

AlyaaIBH said...

bertuahnyaa dapat masuk ipg. taksemua orang berpeluang. tahniah dan semoga berjaya. :)

selamat hari guru jugakk. ^^

Rayha Rozi said...

gud luck cikgu..jgn garang2 eh..sporting bru bdk2 sukew..

rAIHan said...

selamat hari guru yep..=)

jemput singgah,
http://sukacakapsorang.blogspot.com/2012/05/terima-kasih-cikgu.html

mummy_ayu said...

oo..bakal cikgu...selamat hari guru gak!!! congrat sbb pilih guru sbg kerjaya anda...

Pecinta pink^^ said...

SELAMAT HARI GURU CHEGU..‎"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"

Addawiya Zaini said...

Selamat hari guru !! :D

CHEGU ALONG said...

AlyaalBH ~> Rezeki2.. :)

CHEGU ALONG said...

princessrayha~> tenkiu2.xgarang pun, bengis je..

CHEGU ALONG said...

raihan~> terima kasih2. :)

CHEGU ALONG said...

mummy_ayu~> terima kasih mummy.

CHEGU ALONG said...

pencintapink~> tenkiu2. :)

CHEGU ALONG said...

eiyaaraz~> terima kasih lalink. :)

Dua Qurun said...

slmt ari guru.....


(garu ketiak laju2)

CHEGU ALONG said...

encik atan~> euuww..ketiakmu berbau! :P

tupperware_merah said...

cikgu, selamat hari guru yep!!

semoga anda menjadi pendidik yang bermanfaat untuk muda mudi tiang negara. :)