Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Sempat lagi join Giveaway by Mala Nasohah sempena Hari Guru. Mudah je caranya.
Syarat dan terma : RUJUK SINI
Entri untuk cikgu kesayangan saya :
Lagi 2 hari lagi semua pendidik akan menyambut Hari Guru. Tarikh keramat 16 Mei sebagai tanda penghargaan atas jasa-jasa guru yang telah mendidik anak bangsa. Hampir 4 tahun melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru, saya sedar bukan mudah menjadi insan bergelar guru.
Kepada semua cikgu, ustaz/ustazah, teacher/sir, tuan/puan, datin/dato dan guru-guru yang telah mendidik saya, Selamat Hari Guru. Semua bekas guru dan pendidik saya menjadi kesayangan saya. Terima kasih kerana mengajar baca, mengira. Terima kasih atas rotan dan denda. Terima kasih atas teguran, tengkingan, amaran dan nasihat daripada kalian. Ya! Saya memang tak pandai menghargai kebanyakan dari kalian semasa saya sekolah dulu. Tapi karma dan kuasa Allah itu Maha Besar. Allah dorongkan jalan saya ke arah bidang pendidikan ini walau hakikatnya tidak pernah saya bermimpi atau bercita-cita menjadi cikgu. Alhamdulillah, saya bersyukur berada di jalan yang sama dengan bekas guru-guru saya dan guru/pensyarah saya kini.
Semua guru-guru saya banyak berjasa maka kalianlah kesayangan saya. Kehadiran kalian merubah hidup saya. Ampunkan salah silap saya cikgu. Dahulu, saya terlalu nakal semasa kelas cikgu. Dalam kelas cikgu-cikgu, saya la yang paling kerap terlelap mengukir peta di atas meja semasa cikgu mengajar. Saya jugalah yang selalu sangat memberi alasan kerana malas nak menyiapkan tugasan. Saya tahu cikgu penat hambat saya dengan rotan bila saya selalu sembunyi-sembunyi tidur di asrama sebab tak nak masuk kelas cikgu. (terutama kelas Fizik & Add Math). Ampunkan saya sebab saya tanpa segan rajin meniru dulu, 'tuang' kelas tambahan cikgu dan segala macam kerenah yang tak sanggup saya ingat kembali. Tapi itu semua dahulu, cikgu. Maafkan kekhilafan saya suatu masa dahulu.
Berkat tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan cikgu, saya berada di sini sekarang. Terima kasih terutamanya kepada cikgu-cikgu saya yang selalu sahaja naik angin hingga terlafaz : "Kau ni buat kami macam ni. Esok-esok kami doakan kau jadik cikgu, kau tahu la.. ". Terima kasih! Allah makbulkan doa cikgu-cikgu. Tinggal lagi setahun sebelum saya juga memegang 'title' cikgu. Saya berharap semua urusan saya di Institut Pendidikan Guru dipermudahkan. (minggu ni exam. doakan). Moga-moga anak didik saya nanti tidak seperti saya. Saya benar-benar berharap itu kerana saya tahu bukan mudah memikul amanah Allah mendidik anak didik peneraju negara. Terima kasih, nandre, syukran dan thank you, cikgu!
* Untuk Cikgu Mala Nasohah, Selamat Hari Guru! Terimalah kad ikhlas untuk cikgu. Semoga cikgu dikurniakan pahala berpanjangan dan kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat demi anak-anak bangsa. Amin.
2 comments:
happy teachers day!..hehehe
jom jom meriahkan My Little Giveaway --> http://www.ecadwinkyasha.com/2012/03/my-little-giveaway.html
Thanks sbb sudi join :)
Post a Comment