Pages

27 June 2012

Khas untuk Encik dan Puan JPJ

Bismillahirahmanirahim. 
Kerling jam, sudah 12.20 tengahmalam. Bermula hari baru. Alhamdulillah, masih bernafas. Kepala sedang sesak, jiwa mula resah. Ibarat menunggu pinangan orang. Ok, melampau betul. Sedang risau. Boleh nampak tak muka risau ni? 

Proses pertama : Mengadap buku yang penuh undang-undang dan soalan telah lama selesai. Terasa sungguh patuh pada undang-undang bila mata besar kecik besar kecik tengok simbol dan lambang signboard dalam buku dan seterusnya membawa ke ujian berkomputer.

Proses kedua : Berjaya membuatkan sunblock terjual dengan laris. Membawa motor institut yang free minyaknya dengan bangga. Pecut sikit kena marah. Sesuka hati potong sebelah kiri. Sesuka hati hon kereta yang nak naik bukit dengan hon motor institut. Sesuka hati campak helmet merah institut yang tak berkenan di jiwa dan kemudian kena pakai jugak. Tak kurang bergesel dengan bahu jalan, main hon, main brek sampai minyak motor habis pastu padan muka kena tolak motor dari hujung litar sampai tempat parking.

Proses ketiga : Sedang menunggu. Encik dan Puan JPJ, silalah baik hati dengan saya. Saya darah gemuruh. Kalau saya gabra, saya boleh langgar orang. Jadi, untuk elakkan sebarang kecelakaan, luluskanlah saya. Akan sibuk beberapa hari ini. Doakan ya? 

Buku panduan khatam sampai berpinar mata.

Siap untuk berjuang!


8 comments:

Farie Faraway said...

Assalamualaikum, semoga berjaya yea .
Farie buat entry ni khas untuk kamu , tengok tau . :)

http://fariefaraway.blogspot.com/2012/06/terima-kasih-chegu-along.html

cendol said...

haha takot nk test lah ni yee..
mmg la gelabah mase nk test ni..sejuk2 tgn..tapi jgn riso,yakin pd diri okeh !! Gud luck !
InshaAllah,Encik2 dn Puan2 JPJ baik hati belake :)

arekymz said...

hahaha..
time nak test memang gelabah pun.
tapi bila dah dapat lesen hantam kromo je.
janji time lesen P jaga jaga.
:p

inche hlovate said...

biasa la tu..saya dulu test kereta amik dua kali haha *bgge plak kan..

good luck:)

CHEGU ALONG said...

Farie ~> thanks laling..terharu giler nie.. *lap air mata* :)

CHEGU ALONG said...

Cendol~> gua nie darah gemuruh.risau btl :P

CHEGU ALONG said...

arekymz~> oh,dah dpt lesen hentam keromoh je eh?gua report JPJ! :P

CHEGU ALONG said...

inche hlovate~> bgus2..yg pntg dah ada lesen skrg.bpe kali amik,lain cite. :)