Pages

23 July 2012

Praktikum Fasa 2

Bismillahirahmanirahim. Assalammualaikum & salam bahagia.
Alhamdulillah, 3 hari dapat berpuasa tanpa sebarang halangan. Allah berikan kudrat melimpah ruah. Bulan yang akan penuh dengan pelbagai aktiviti dan pastinya bergelumang dengan anak didik pelbagai kaum dan agama.

Pagi tadi, selamat mendaftarkan diri untuk Praktikum Fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Jalan Bukit (Satu) Kajang. Berbeza dengan sekolah praktikum pertama, sekolah kali ini lebih sedikit jumlah muridnya. Dengan jumlah murid lebih kurang 184 orang termasuk prasekolah, pastinya aku mengharapkan keadaan akan lebih terkawal kelak. Hari ini sekadar sesi formal bersama pentadbir, PK dan guru pembimbing. Masih belum dapat jadual waktu yang lengkap tapi yang pastinya 2 dinding menanti kami, guru-guru praktikal untuk diceriakan dengan mural. Alahai.. bermain dengan warna la nampaknya.

Bakal sibuk kelak. Blog ini mungkin akan dibiarkan bersawang bila Rancangan Pengajaran Harian dan Bahan Bantu Belajar (BBB) mengambil alih tuntutan masa cikgu praktikal. Harapnya semua dipermudahkan. Amin. 

* Esok harapnya akan dapat jadual waktu lengkap. :)
** Ni lencana sekolah tu. Pepel so i like! :D



6 comments:

Unknown said...

good luck cekgu .. rasa2 cekgu "saya" pun camtu.. kihkih

lmw's said...

cekgu ngajar kt skolah SK JB 1 ?
wAh !sye SK(2)JB ! skolah yg atas tu . but now form 1 ! :"D

inDEEgo said...

cikgu baru mengajar tahun ni ke?
tapi sekarang saya dah form 1 la.. :)

CHEGU ALONG said...

michelle hopell ~> tenkiu2.. :)

CHEGU ALONG said...

nur atiqah~> ye atiqah.sy praktikal kat situ. :)

CHEGU ALONG said...

nur danny~> ye.baru je minggu ni msk skola tu.da form 1? xsmpat jumpa la kita. :P