Bismillahirahmanirahim. Assalammualaikum.
Esok bermula minggu yang baru dan harapnya terus dipermudahkan. Kegembiraan berganda minggu ini. Bermula dengan kesyukuran dengan result exam semester lepas diteruskan berita si bongsu yang cemerlang dalam examnya kemudian diteruskan dengan keputusan lulus Ujian JPJ. Tak lupa Angah yang tamat sesi pengajian Nursing dengan jayanya dan bakal bergelar staffnurse tak lama lagi. Tahniah darl! Diteruskan lagi dengan Atin yang naik pangkat walaupun baru 2 minggu bekerja. Alhamdulillah, Allah berikan rezeki melimpah ruah buat kami sekeluarga. Terus berdoa moga dikekalkan dengan kesenangan dan dipermudahkan segala urusan. Amin.
Kelegaan terus bertambah apabila akhirnya rumah baru siap dimake-over. Genap sudah sebulan di rumah baru. Dah tak perlu hidup berpindah-randah selepas Encik Abah akhirnya nekad membeli rumah sendiri. Aset di hari tua katanya. Dari kecil menjelajah dari satu daerah ke satu daerah dan satu negeri ke satu negeri tak ubah cara hidup nomad kerana tuntutan tugas Encik Abah. Dari Cheras ke Desa Baiduri ke Kulim, Kedah ke Padang Serai, Kedah terus ke Telok Mas, Melaka kemudian ke Kulai, Johor dan akhirnya Simpang Renggam, Johor. Terima kasih Encik Abah dan Puan Ibu.
Gotong-royong menampakkan hasil. Taman Tiara Perdana syurga dunia kita. Nafas lega boleh dihembuskan. Alhamdulillah.
Lokasi A : Sebelum
Lokasi A : Selepas
Lokasi B : Sebelum
Lokasi B : Selepas
Lokasi C : Sebelum
Lokasi C : Selepas
Lokasi D : Sebelum
Lokasi D : Selepas
Eratkanlah kasih sayang kami. Amin. :)
* Sakit badan dan pinggang kesan menjadi buruh kasar sepanjang gotong-royong. Huh.
No comments:
Post a Comment