Pages

04 August 2012

Cikgu dan Iftar

Assalammualaikum.
Cuti sampai ke Isnin kerana sambutan Nuzul Quran. Selalunya tak tunggu lama mesti cabut ke TBS, tempah tiket dan zuummmm duduk diam-diam dalam bas menuju ke selatan. Destinasi pilihan haruslah kampung halaman. Tapi disebabkan semua cikgu praktikum dimestikan hadir untuk terlibat dalam Kelas Cemerlang UPSR dan menyiapkan projek mural maka hajat untuk pulang ke kampung terpaksa dilupakan. Mujur ada juga 3 orang housemates yang juga tak balik atas urusan sekolah. Untuk memujuk hati yang hampa maka perut perlu dimanjakan hujung minggu ini. Kan orang kata "kenyang perut, suka hati"? Jadi, apa lagi. Jom!

Menu pilihan untuk iftar housemates PSIB15 : Mamak style's

* Kenyang sampai sakit perut. Adehh..

No comments: