Pages

11 August 2012

Cikgu dan Si Comel

Salam. Entri tidak menggunakan bahasa yang betul. Harap maklum.

Sepanjang bulan Ramadhan di sekolah, cikgu-cikgu diarahkan menjaga sesi Tasmik dan Tadarus. Even kau bukannya ustajah pun, kau kena jaga. As long as kau beragama Islam la kan. At first, I thought susah kot nak pastikan budak-budak suka baca Al-Quran. Tambahan pulak, ilmu terasa belum cukup di dada. Especiali diarahkan menjaga sesi Tasmik murid-murid Tahun 1, lelaki-lelaki yang ganteng comel pulak tu. Menyahut seruan cikgu praktikum serba boleh, slowly mula membiasakan diri. Itu kisah 3 minggu yang lalu. Menjelang hari-hari akhir Ramadhan ini, Alhamdulillah murid yang asalnya liat mahu membaca, merangkak dalam menyebut mula tunjuk improvement. Syukur ya Allah.

Semuanya tunjukkan peningkatan. 9 orang si comel yang kadangkala menguji kesabaran berpuasa cikgu Farah sudah mula membaca dengan baik. Daripada tak kenal huruf, mula lancar dan beralih dari satu Iqra ke Iqra yang lain. Tahniah. Moga-moga usaha yang sedikit ini dikira sebagai amalan yang dikira Allah untuk kamu dan cikgu. Tahniah semua. Layan sahaja lah si comel bersembilan yang sempat berposing dalam hari akhir sesi Tasmik bagi sesi Ramadhan kali ini. 





Tahniah. Cikgu sayang semua. :)
Tetiba aku rasa aku berjiwa penyayang.
* Sila muntah hijau *

No comments: