Pages

29 October 2012

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..
Sebaris perkataan penuh makna apabila kaki selamat tiba di Bangi tepat 11 malam. Penat lelah membelah jalan yang sesak dengan kereta, motor, van, lori dan bas kiri dan kanan. Sesak dengan tangisan bayi kepanasan dalam bas sepanjang destinasi yang tak tiba-tiba. Selamat melepaskan lelah sebelum bergegas buka buku, baca dan terus baca macam boleh masuk 1000 perkara dalam 1 malam.

Alhamdulillah..
Nafas ditarik lega. Kertas pertama 8.30pagi -11 pagi selesai. Walau ada jawapan yang di'goreng' hingga 'hangus' tapi berakhir 1 penyeksaan. Perlu tabah berjuang menempuh 2 lagi kertas menanti. Kuatkanlah aku, Ya Allah..

Alhamdulillah.. Mudah dan bermakna. Terima kasih Allah. 

1 comment:

Harmi bin Mohammad Jamil said...

Assalamualaikum w.b.t Cikgu Along,
Boleh tolong promosikan bengkel bahas anjuran KESPA nanti menerusi blog awak ni tak? Butirannya ada dalam post terkini, 21 November 2012 dalam blog saya http://belajardebat.blogspot.com

Thanks.