Pages

10 January 2013

Final Year = Back To School

Tarik nafas.. Lepas.. Tarik nafas.. Lepas..
Ini bukan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Tak kuasa aku nak mengajar macam mana nak sedut oksigen dekat sini. Tambah-tambah dalam keadaan himpunan kerja yang menyebabkan diri aku sendiri nyawa-nyawa ikan. Bila aku renung balik, banyak sangat masa aku membazir dengan rehat di maktab. Bukanlah totally rehat sampai tak buat apa-apa tapi sibuk macam mana pun, aku masih ada masa untuk terlentang, terlangkup, tertiarap lepas habis kuliah. Aku sempat lagi nak scroll satu-satu status friends dekat Facebook. Sempat lagi melepak baca novel dan komik walaupun assignment banyak.

Itu kes bila dah habis kuliah. Belum lagi keadaan masa aku dalam bilik kuliah. Sibuk macam mana pun, sempat lagi bergosip dengan budak-budak senget sebaris meja aku. Sempat lagi usha kawan kiri kanan layan game dekat laptop. Sempat lagi tengok Running Man. Memang sah lah, menghabiskan duit kerajaan menaja pendidikan di IPG. Itu masa lapang la. Bukan masa-masa sempit dengan aturan dan deretan tugasan tutorial, assignment, latihan debat dan lain-lain.

Tapi untuk tahun akhir di IPG ni, aku betul-betul rasa macam balik semula ke zaman sekolah dulu. Back to school, kata omputih. Setiap hari dihimpit dengan homework. Mana ada lagi zaman-zaman hari-hari ada je kerja rumah untuk kau bila dah masuk maktab ni. Lainlah tutorial. Ini tak. Tutorial sah la lain, Presentation pun sah la lain, homework pun lain. Pensyarah pulak masing-masing rushing je nak kejar habiskan silibus. Adooiiiyaaiii... Mula-mula aku ingat aku sorang je stress. Ye la, dari waktu tidur berlebihan mencecah 7 jam, boleh lari tinggal 4 jam. Pukul 2 pun kadang belum tentu boleh tidur sebab badan dah penat, mata susah nak lelap. Dari makan 1 talam boleh makan 1 pinggan je. Ok, ni tipu.

Inilah Final Year. Sistem syarahan semuanya SMARTAG. Laju bukan main. Takut tak sempat graduate, lain pulak penyakit yang kami dapat. Kawan sebelah aku dalam kuliah sampai berdarah telinga mengadap kuliah laju. Aku ingat dia bergurau tapi bila dia tunjuk bukti, diam je la Kak Jenab.. Tapi apa pun, aku yakin semua ni untuk kebaikan kami. Besar sangat harapan aku, semuanya dipermudahkan hendaknya.

* Need to go! Sepatutnya kena mula buat proposal Kajian Tindakan tapi meleweng ke sini. Take care all. Bye!

1 comment:

:Cikgu Akim: said...

sama la kita...dah semester terakhir ni mmg semua benda kena speed up...mmg terasa dgn tesis, assgmnt, nak amek hati kawn2(yg ajak makan) dah last2 sem kan..hahha..bla..bla..and apa yg kita boleh buat...hadapi semster terakhir ni dengan happy...

Moga awk berjaya dengan cemerlang n semua urusan dipermudahkan ALLAH..amin (^_