Pages

27 January 2013

Jom Kawin?

Semester akhir sinonim dengan perkataan KAHWIN. Atas faktor usia yang semakin meningkat, telah sampai jodoh dan alasan skema yang lain tolak ke tepi dahulu. Biasanya cikgu pelatih memang terkenal dengan kahwin di tahun akhir. Faktor tidak mahu diposting jauh-jauh dengan suami tidaklah dapat dipastikan kebenarannya. Berbaik sangka maka mungkin tahun akhir adalah masa terbaik untuk beralih ke fasa baru dalam hidup dan tentunya merancang kehidupan ke arah yang dituntut oleh Islam.

Tinggal dalam suasana IPG bukanlah bermakna tidak terdedah dengan perkahwinan. Ada saja rakan-rakan satu batch yang sudah selamat berada di fasa itu. Malah tak terkecuali 3 orang rakan sekuliah dan bakal menyusul seorang lagi 'Puan' dalam kelas kami cuti Tahun Baru Cina ini. Tahniah! Tahniah! Maka ke'gedik'an dan hormon 'gatal' diri sendiri turut memuncak-muncak juga tapi haruslah perkara yang wajib dilakukan adalah Kursus Pra-Perkahwinan.

Ketidaksengajaan join kursus berkenaan bermula pada suatu petang :

A : Eh, pehal kau tak balik kampung minggu ni?
B : Yela.. Cuti lama kot. Baru ingat nak lepak kampung kau minggu ni.
C : Aku.. Aku nak g kursus..
A : Kursus ape pulak cuti-cuti ni?
B : Ntahnye.. Cuti-cuti rehatlah weh..
C : Aku.. Aku.. Aku nak g kursus.. Emm, KURSUS KAWIN!
B & C : Ooo.. ok. Kitaorang nak ikut!

Hah.. macam tu la kisahnya. Jadinya dengan bangga diri, ketiga-tiga kawan tu pun dengan gigihnya pergi ke Kursus Kawin tanpa menghiraukan lambakan assignment yang perlu dihantar hujung bulan ni. * Jangan tiru perangai ni. Utamakan pelajaran anda. * 


Lokasi kursus : Auditorium 2, Tingkat 2, 
Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya 

Kursus selama dua hari bermula pada pukul 9.00 pagi. Sesiapa yang belum menghadiri kursus berkenaan, cepat-cepat pergi supaya dapat sijil nikah. * Ok, gatal! * Sesiapa yang dah ada pasangan, boleh datang dapatkan ilmu bersama. Sesiapa yang belum tu, boleh buat macam kami, datang dengan kawan jadi korang tak segan sangat bila isu dalam kelambu disentuh. Tahniah kepada tiga kawan yang akan menerima sijil kahwin yang sah daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan minggu depan.

Muka excited lepas isi borang pendaftaran kursus. 

* Bila dah dapat sijil nanti, boleh cari pasangan dan berlagak dengan kata, 
 " Awak, jom kawin? Saya dah ada sijil nikah." * Gatal lagi.* Ok, bye!

No comments: