Salam.
Minggu yang sarat dengan kuliah, tutorial, tugasan dan jadual yang tak susut dengan nota dan pesanan. Minggu permulaan yang menuntut kudrat sebagai pelajar. Tapi jika dilihat, secara umumnya semua manusia ada tanggungjawab yang perlu mereka sandang. Tanpa kira berapa usia kau, ada peranan yang perlu kau mainkan. Mungkin yang berbeza adalah aras kesukaran. Means masa kau kecik dulu, peranan kau cuma melalak bila lapar, tak selesa mahupun terkincit agar ada yang beri perhatian. Tak selamanya kau macam tu kan? Peranan dan tanggungjawab masing-masing berubah mengikut kesesuaian usia.
Menginjak ke pertambahan usia ini, dikelilingi mereka-mereka yang aku rasakan cukup berpengalaman, sejujurnya, aku iri. Fitrah manusia bernama aku yang selalu tak bersyukur. Fitrah juga mahukan sesuatu yang lebih untuk diri sendiri. Sehingga kadangkala aku terlupa bahawa semakin banyak peluang meng'expose'kan diri maka semakin banyak peranan dan tanggungjawab yang terpaksa aku tanggung. Mungkin dalam sesetengah kes aku seakan-akan merelakan diri aku menerima tanggungjawab yang datang.
Kadangkala aku iri dengan mereka yang sangat bersahaja. Santai, tenang dan hanya menerima sebarang ketentuan untuk diri mereka. Dan seringkali golongan ini menerima apa yang mereka inginkan. Hingga kadangkala aku merasakan hakikat itu kejam. Kejam apabila mereka yang keras memikul peranan kurang bernasib baik berbanding golongan sebaliknya. Tapi bila direnung kembali mungkin golongan itu tidaklah sepenuhnya bersalah kerana berpegang pada konsep syukur dengan apa yang ada. Rumit untuk aku fikirkan.
Pujukan untuk hati dan diri adalah Allah telah berjanji bahawa Dia takkan mengubah nasib hambanya kecuali bagi mereka yang berusaha. Maka percayalah pada janjiNya. Tabahkan hati. Kuatkan iman. Amin.
No comments:
Post a Comment