Pages

30 January 2013

Peraturan BAIK

Nampaknya harapan untuk diobserve minggu ni sangat nipis. Guru pembimbing masih sibuk dengan urusan pendaftaran UPSR jadi dia bagi peluang untuk kami beramah mesra dengan budak lagi minggu ni. Tapi perancangan masih berjalan macam nak diobserve.

Murid mula biasa dengan peraturan BAIK Cikgu Farah. Alhamdulillah.. Mereka masih ingat Cikgu Farah dah tetapkan peraturan BAIK dalam kelas. Sampaikan rakan praktikum pengkhususan lain masuk kelas mereka dan mahu tetapkan peraturan, mereka kata, "Eh, peraturan? Peraturan macam Ustazah Farah." Ok, nampak di situ penggunaan USTAZAH? Murid keliru pada awal perkenalan di perhimpunan minggu lepas. Sebab bila guru bertugas maklumkan kami dari IPG Kampus Pendidikan Islam so automatiknya walau kau cikgu, kau dipanggil ustazah. Tak kisahlah cikgu ke ustazah ke, yang penting aku harap kami akan dapat bekerjasama dengan baik. InsyaAllah, kalau mereka masih amalkan peraturan BAIK, kelas akan terkawal. Moga-moga keadaan terkawal minggu permulaan ini berterusan.

Peraturan BAIK :

B - Bawa buku dan letak atas meja semasa kelas Cikgu Farah *mengikut subjek*
A - Angkat tangan untuk tanya soalan / jawab soalan
I - Ikut arahan dan bekerjasama baik dengan Cikgu Farah
K - Kawal tingkahlaku diri sendiri dan ahli kumpulan

Setakat ni, peraturan ringkas ni mudah diingat murid dan dipatuhi. Apabila aku dapati mereka dapat patuhi peraturan BAIK, maka aku sertakan sekali trademark kami. Trademark ini ada dua bahagian :

1. Apabila keadaan tidak terkawal : 
Cikgu akan kata "Kelas!" dan murid respon "Kami murid baik!" (sambil tepuk bahu kanan) kemudian mereka akan letakkan jari telunjuk di mulut.
Kesan : Keadaan kelas yang tak terkawal akan diam tanpa suara dan murid hanya akan dengar arahan daripada cikgu.

2. Apabila keadaan terkawal & cikgu rasakan mereka patut terima penghargaan :
Cikgu akan kata "Tepuk-tepuk Bagus" dan murid respon dengan cara tepuk tangan 3kali kemudiaan angkat ibu jari sambil kata "Bagus, Bagus, Bagus"
Kesan : Lumrahlah manusia suka kena puji. Cikgu dapat lihat senyuman manis murid-murid sampai habis kelas. :)

* Ini sekadar idea. Mungkin cikgu-cikgu di luar sana ada banyak idea lebih bagus untuk kawalan kelas. Well, sharing is caring.

** Esok kelas pertama Pendidikan Seni. Harapnya penuh warna-warni. :)

1 comment:

Harmi bin Mohammad Jamil said...

Wah! Bolehlah saya gunakan tips ni untuk sesi ceramah/bengkel saya.. Huhuhuhu..

Bagus.. Bagus.. Bagus.. Ustazah Farah.