Pages

06 January 2013

Praktikum 3

Janji dibuat pukul 2.00 petang. Hasrat mahu ke Semenyih. Nyata, membelah laluan sesak menuju ke Semenyih memang memenatkan. Walau bukan diri sendiri yang memandu tapi dengan hujan lebat yang turun, kereta menghimpit kiri dan kanan ditambah pula dengan keadaan jalan yang tak berapa rata memang menduga sabar. Mulut yang rancak bercerita sedari di Bangi mula diam, mata kuyu lihat titis hujan di tingkap kereta.

15 minit perjalanan dari jalan besar, apa yang dicari nyata ada. Semakin hampir ke lokasi, hujan turun lebih lebat. Namun hasrat untuk turun dari kereta dan terus menuju ke lokasi masih tebal. Baju mula basah tapi lega bila terpampang jelas papan tanda, Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih. Ya, bakal menjadi lokasi aku menabur bakti 2 minggu dari sekarang. 3 bulan ini pastinya memberikan pengalaman berbeza. Praktikum terakhir, tugasan berganda, moga Allah permudah. Amin.

3 comments:

L said...

selamat berpraktikum.. L sem ni baru prektikum sebulan.. huuu

CHEGU ALONG said...

L : Selamat berpraktikum jugak.. :)

outbound malang said...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...