Lari dari entri berkenaan sekolah. Sekolah pun akan bercuti seminggu jadi selamat dari membuat Rancangan Pengajaran. Lega dalam seksa juga sebab perlu menyiapkan soalan Ujian Bulanan 1 sepanjang cuti Tahun Baru Cina. Cuti sinonim dengan musim orang melangsungkan perkahwinan.
Alhamdulillah, akhirnya seorang lagi geng saf belakang dalam kuliah aku selamat menjadi isteri orang. Tahniah! Tahniah dan Tahniah! Selamat Pengantin Baru kepada Sharifah Nurhayati Syed Agil yang selamat menjadi isteri dalam majlis malam ini. Barakallah. Semoga Allah memberikan rezeki melimpah-ruah, ketenangan dan kebahagian dalam rumahtangga kepada Yati dan pasangan. Amin.
* Selepas ini, bakal diapit oleh Puan-Puan di dalam kuliah. Ok fine, yang solo di tengah. Rendah diri kejap. -_-"
No comments:
Post a Comment