Pages

05 February 2013

Tak Pernah Orang Kata Saya Bagus...

Minggu ketiga berpraktikum. Tapi tak terasa sangat sebab otak sedang fikirkan hujung minggu merangkap permulaan cuti Tahun Baru Cina. Kalau cikgunya pun dah teringatkan cuti, apatah lagi muridnya. Betul dak? Jadi usaha perlu dipertingkatkan supaya murid tak ingat cuti tapi seronok belajar sambil bermain di dalam kelas. Masuk minggu ketiga ini, sedikit sebanyak mula faham ragam murid-murid di kelas yang ditugaskan. Setakat ini, kelas yang lain sangat memberikan kerjasama. Cuma satu kelas yang banyak menduga kesabaran, 5 Cekal. Ahlinya 44 orang dengan bilangan murid lelaki melebihi separuh kelas. Maka dengan suara cikgu yang serak diikuti dengan batuk kecil sekali-sekala, suara mereka nyata lebih mendominasi kelas. Peraturan telah dibuat tapi lumrah murid lelaki lasaknya lebih sedikit dari yang perempuan. Jadinya, tenaga diperlukan untuk bersama mereka selama sejam itu.

Hari ini menjadi guru ganti sebanyak 3 masa di kelas 5 Cekal. Terima sahaja slip ganti, Allahuakbar! 5 Cekal! Positif Farah.. Positif.. 3 masa merangkap 1 jam setengah. Setengah jam yang pertama sesi "basuh otak". Bukan marah tapi lebih kepada biar mereka fikir apa yang mereka patut buat. Masing-masing diam tak berkutik. Diam, tunduk kepala, tak berani menentang mata cikgu. Setengah jam kedua, cikgu cuba jadi neutral, ajak main teka-teki. Mula-mula takut-takut lepas kena "basuh otak" lepas tu aktif. Sambil mereka aktif, aku sempat jugak berdehem sekali-sekala.. Alhamdulillah, mereka mula faham apa yang Cikgu Farah suka dan apa yang Cikgu Farah tak suka. Bagus!

Baru 5 minit masuk ke masa ketiga merangkap masa yang terakhir, seorang pengawas mengetuk pintu sambil berkata "Cikgu Farah, semua cikgu kena kumpul di Bilik Mesyuarat Aras 2. Ada mesyuarat dengan Cikgu Razak (Penolong Kanan 1). Serta-merta, beberapa suara murid 5 Cekal menyahut, "Ala... Cikgu Farah tak payah la keluar", "Kami nak Cikgu Farah", "Cikgu tak payahla keluar... " Seorang murid menerpa sambil berkata, "Cikgu, nanti cikgu masuk lagi ye? Tak pernah orang kata saya bagus... Terima kasih Cikgu!".

Ok, terharu. Eh, apasal mata masuk habuk, tetiba berair ni pehal? -_-"

* Esok kena 'observe' di kelas 5 Cekal. Kalau mereka masih tak makan saman, siapla! Haiiisshh...

1 comment:

Cikgu Fikri said...

kak!!!
secara jujur saya terharu baca cerita akak ni..serius kak!!!!!
sy dapat rasakan kejujuran akak bila puji budak tu bagus.. teringat kisah teladan yg pernah sy dgr tntg budak nakal yg ingin dipuji klu tak silap saya..
apa jerk point yg akak basuh diowng tu?
cer citer sket.. mna tahu boleh sy guna utk praktikum nnti.. :)