Pages

24 April 2010

Besday Gurlz!!

Bismillahirahmanirahim..
Aku tak pasti mahu menulis panjang atau tidak malam ini..yg pasti aku tahu saat ini,ketika ini satu masa dahulu, seorang ibu tengah bersabung nyawa, mempertaruhkan hidup mati demi seorang anak..Aku tahu dan pasti tentang itu..

20 tahun dahulu...tahun 1989...
Ibu disahkan mengandung 3 bulan..kali ini doktor nasihatkan ibu jaga kandungan betul2 coz kalau keguguran lagi,ibu dan abah berpotensi tidak mempunyai anak seumur hidup..Ibu dah keguguran 3 kali so itu membahayakan kesihatan ibu. Bila doktor sahkan ibu mengandung, ibu rasa nak peluk doktor Cina yang bagitahu berita gembira itu..selama mengandung, ibu jaga betul2.. kalau selamat, itulah anak sulung ibu..

20 tahun yang lalu, pada tarikh 24 April 1990...
Ibu sudah sakit sejak petang..barangkali selalu sahaja terhentak ketika membonceng motosikal abah ke tempat kerja..1 masa dahulu, ibu dan abah saya bukan orang senang ye??dengan perut yang tengah sarat, tak pernah ibu merungut bila kadang-kala sudah menjadi adat basah kuyup bila hujan saat pulang dari tempat kerja. Ya! abah dan ibu belum mampu untuk membeli kereta masa tu..sekadar motor untuk berulang-alik ke tempat kerja. kerana motor itu jugak la, abang dan kakak2 meninggal kerana keguguran (sebab selalu terhentak).. kalau tidak, mesti sekarang ada abang long, kak ngah, kak chik+abg chik (kembar) yang ibu kandungkan dulu..

20 tahun dahulu, malam 24 April 1990..
Ibu tak dapat baring atas katil langsung..katil di Hospital Besar Kuala Lumpur penuh masa tu..ibu terpaksa duduk di kerusi menanti giliran mendapatkan katil. Perut dah terasa senak, sakit menusuk-nusuk..air mata dah berlinang menahan sakit. bila sakit makin mencengkam, ibu tak senang duduk. kaki melangkah ke sana-sini, tangan ibu hanya mampu berpaut di kepala katil. mulut tak henti-henti menyebut zikir dengan harapan kurang la sakit..setiap jam terasa semakin hampir detik kelahiran tapi masih lambat lagi (kata nurse yang bertugas). Ya Allah, kurangkanlah sakit ibu.. (kata anak yang baik di dalam perut :P )

20 tahun lalu, pagi 25 April 1990...
Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi, ibu sudah berada dalam dewan bersalin..sedang bertarung nyawa demi melahirkan seorang anak.. Tepat pukul 8.15 pagi, seorang bayi perempuan yang comel lagi montel telah selamat dilahirkan. Bermulalah detik hidup seorang insan di muka bumi Allah hasil jasa ibu yang mengandungkan dan melahirkan. Seruan kalimah Allah dilagukan di telinga dengan harapan anak ibu dan abah jadi anak yang baik..

Hari ini..di saat detik ini.. 24 April 2010, pukul 11.02 malam..
Anak ibu dah besar, tembam..anak comel ibu dan abah yang selalu didukung dulu dah dewasa..dah jadi anak dara dah pun.. anak ibu yang buat ibu menanggung sakit 20 tahun yang dahulu dah jadi Kak Long kepada 5 orang adik.. anak abah yang abah iqamatkan dulu sekarang 20 tahun.. dia dah 20 tahun dah, abah.. dia dah 20 tahun dah, ibu...

Esok pukul 8.15 pagi, dia genap 20 tahun sebenar-benarnya..tapi kenapa ye, dia jarang berkesempatan menyambut hari lahir dengan ibu dan abah??
tahun 2008 - dia dalam Kem D' Jelapang sebab PLKN..sambut dalam kem..
tahun 2009 - dia exam MUET. sambut besday dalam dewan MUET..hukhuk..
tahun 2010 - dia nak balik sambut di rumah esok tapi sedang banyak tugasan..

InsyaAlllah, andai Allah izinkan Along balik ke rumah esok..Along cuma nak peluk ibu dan abah. Along nak bagitahu Along sayang ibu dan abah..Terima kasih ibu lahirkan Along..terima kasih abah sebab besarkan along. Terima kasih ibu dan abah kerana sayangkan Along. Along minta maaf salah silap Along..Along anak abah dan ibu yang nakal, kadang-kadang along melawan cakap abah dan ibu, kadang2 along tak dengar cakap, Along degil sangat2..Tapi Along nak abah dan ibu tahu betapa along sayangkan ibu dan abah. Tiada apa dalam dunia dapat menggantikan ibu dan abah..

nota kaki : Ya Allah, ampunkan dosa ibu dan abah. AKU SAYANG MEREKA!!!

No comments: