Pages

21 May 2010

Guru Cabul Lima Murid

Assalamualaikum semua geng bloggers. Sepatutnya saat ini aku kena setia menatap nota-nota untuk 3 lagi peperiksaan seterusnya tapi masih sempat lagi aku membaca berita hari ini. Untuk tambah pengetahuan. Sambil scroll ke bawah membaca berita, aku tersentak dengan berita ini :



Ya Allah, sambutan Hari Guru baru je disambut hari Ahad yang lepas tapi hari ini berita mengenai Guru Cabul Lima Murid pula sudah tersiar di akhbar. Kalau cerita yang baik, aku tak kisah. Masalahnya berita mengenai kes tak senonoh yang melibatkan guru. Sudahlah, dunia pendidikan gempar dengan kes "Adegan Seks Ustazah di Asrama Pelajar" baru-baru nie. Sekaligus mencalit arang ke muka para pendidik lain yang tidak bersalah. Sekaligus ada yang mempertikaikan kewibawaan insan bergelar guru, cikgu, teacher, ustaz dan ustazah.


* Aku mengaku, aku sedih walaupun hakikatnya masih jauh perjalanan diri ini untuk aku berdiri setaraf guru-guru berpengalaman di sekolah. Aku sedih kerana kisah demi kisah mencacatkan kredibiliti seorang guru. Aku sedih kenapa mesti wujud kisah sebegitu melanda insan bergelar pendidik. Kenapa??

nota kaki : Ya Allah, jadikan aku seorang guru yang sentiasa Kau lindungi daripada perkara-perkara yang menjatuhkan maruahku sebagai pendidik. Amin

2 comments:

iqbalsyarie said...

Perghhhhh.....nauzubillah...tak sangka..

Loyar Lawa said...

kecian kat cekgu2 laen..ish ish ish