Pages

15 May 2010

Selamat Hari Guru

Kerana seorang guru, budak nakal satu masa dahulu kini berubah.. Kerana seorang guru, budak nakal itu juga bakal berdiri dengan status yang sama. Kerana seorang guru, budak nakal itu tahu erti susahnya mengajar, mendidik, membimbing.. Kerana seorang guru, budak nakal itu benar-benar berharap moga tidak ada anak murid senakal dirinya di sekolah kelak. :P

Ya Allah,
Kau ampunkanlah dosa guru-guruku,
Kau berikanlah himpunan rahmat-Mu buat guru-guruku,
Kau lindungilah mereka daripada bala bencana,
Kau redhailah setiap perjalanan mereka di bumi-Mu,
Kau himpunkan mereka dalam payungan kasih-Mu,
Kerana mereka insan mulia bergelar GURU..

Cikgu-cikgu saya di Tadika Pui Tuck, Cheras,
Cikgu-cikgu saya di Sekolah Kebangsaan Taman Midah, KL
Cikgu-cikgu saya di Sekolah Kebangsaan Sri Limau, Kedah
Cikgu-cikgu saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim, Kedah
Cikgu-cikgu saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas,Melaka
Cikgu-cikgu saya di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi

----> Ketahuilah, saya sayangkan anda kerana Allah. Saya hormati anda kerana Allah. Terima kasih atas keringat, nasihat, tunjuk ajar, bebelan, dendaan dan segala macam yang cikgu-cikgu berikan buat saya. Tiada hadiah berharga saya dapat berikan buat cikgu hanya 1 ucapan bermakna : Terima Kasih, Cikgu! Saya sayangkan Cikgu! :)

nota kaki : Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidikan bergelar guru. Terima kasih ibu dan abah yang dah jadi guru terbaik dalam hidup ini. Sayang semua..
- CheguALONG-

7 comments:

TUKANG KATA said...

selaamat hari guru chegu Along!!

:)

n@m@n said...

selamat hari guru!!!

CHEGU ALONG said...

tukangkata~> thanks..
n@m@n ~> selamat hari guru jugak..

atina said...

camat hayi guyu ayong!
=D

hans said...

selamat hari guru disiplin

belalang hijau said...

huh? prnh study d SMKK SK sri limau?
cikgu along orang kulim ke?

slmt hari guru utk cikgu along...

CHEGU ALONG said...

atina~> camat ari guru gak syg..
hans~> terima kasih guru besar!
belalang hijau~>ye,sy penah jadi org kulim 1 masa dulu..