Assalamualaikum semua..
Malam nie topik menarik buat aku dan kawan2 di asrama ialah SENIORITY. Mana datang istilah nie? Buat pengetahuan anak Pak Ali dan Mak Bedah sekalian, istilah Seniority wujud apabila seseorang individu menerima seseorang yang lain dalam sesebuah organisasi. Faham dak? Contohnya anak Cik Senah dikira sebagai senior apabila menerima anak Cik Limah di asrama yang dihuninya. Hah! lebih kurang gitulah ringkasnya.. Sapa yang tak paham, sila bukak Kamus Teka Istilah keluaran Chegu Along.. Hampeh buat ajaran sesat di sini..
Seniority nie memang sesuatu yang biasa wujud di mana-mana especialy di asrama la. Tipulah kalau ada asrama yang langsung tak ada timbul isu seniority. Maksud di sini bukan aspek negatif sahaja ye, kawan-kawan? Kalau lihat dari aspek negatif, kita mesti tahu dan lali kisah senior membuli junior. Mulalah timbul kejadian mati dihentak cerek, mati dipukul dalam tandas, patah riuk segala. Tapi lihatlah dari aspek positif, lihat bagaimana senior dan junior menghormati satu sama lain. Siapa kata istilah SENIORITY hanya merujuk kepada perkara yang buruk sahaja? Tidak kawan-kawan..
Contohnya, sebagai seorang adik yang baru daftar masuk ke IPTA/IPTS/IPG, penat-penat mak bapak hantar masuk asrama dengan harapan keluarga agar anak belajar betul-betul, tak mustahil anak itu menghadapi keadaan seniority. Ya! sejujurnya aku mengaku aku mengalami keadaan itu. Masa jadi junior, kadang-kadang kita selalu kutuk abang-abang atau kakak-kakak senior yang kira dalam kategori "KEREK" bagi budak-budak baru macam kita. sebab apa? Kita rasa mereka asyik membebel menyalahkan kita mengenai sesuatu. Mungkin bagi kita tak seremeh itu sesuatu perkara tapi bagi mereka sebaliknya.
Bila aku jadi senior pula, aku rasa mesti adik-adik junior aku pun rasa benda yang sama. Dahlah aku nie badan besar, muka serius, jarang senyum memang orang declare aku garang asyik nak marah orang. Tapi sebenarnya bila mereka kenal aku tak garang mana pun..Baik jek, siap boleh gurau-gurau minum satu meja lagi.. Sebab apa, bila dah jadi senior, kita tahu sesuatu perkara lebih daripada adik-adik dan kita rasa mereka perlu diubah, maka kita hanya berniat untuk memperbetulkan. Tapi kena tengok juga cara kita menegur. Betul cara kita menegur, baiklah penerimaannya. InsyaAllah..
Jadi, kesimpulannya..Kadang-kadang SENIORITY itu penting..kat mana-mana pun. Yang penting dalam hidup bermasyarakat di tempat yang ramai, kita kena fikir perasaan orang lain. Tak boleh fikir diri kita sahaja. Kalau kita rasa apa yang senior kita cakap tak kena dengan kita, luahkan kalau berani atau ambil langkah selamat diamkan diri. Hormatilah orang lain sebagaimana kita mahu orang hormati diri kita. Motif tajuk di atas?? saja suka-suka..cian korang!huhu..
nota kaki chantek : Tegurlah saya jika saya tersilap. :)
7 comments:
haha,,ingat kan ade kes terbaru pakwe mati awek hentak ngan cerek ke ape,,
ceehh,,
tapi xpe,,
ade pngajaran d bawahnye,,,,tq2
lokman~>hehehe...sy tak garang camtu..
senior utk tolong-tolong dan bg info pada junior bukan buli...huhu...dlu agi teruk..tp skunk dah mula balik pangai senior2 ni
hawa~>betul tu kak...
Nasib baik Pojie xpernah bersekolah asrama, klo idak mesti kene buli..
Xsuker!
Love,
PojiePooh Abdullah
pojiepooh~> thanks pojie dtg singgah sini..
hihi saya junior nadia tegur :P
Post a Comment