Pages

30 July 2010

Jangan Baca!!

Entri express edisi terhad.. Kesibukan dengan banyak benda dalam masa terdekat nie buat aku sedikit kacau-bilau.. Orang utara kata 'cac-merba'. Hampa tau tak nie?

Tadi masa nak balik, aku dapat tiket 2.00 petang. Masa dok tunggu tu ada bas 1.30 petang masih kat situ. Dalam ramai-ramai yang tunggu bas tu, aku taulah aku yang paling tak cantik. Aku tak comel. ok, aku terima!

Tapi tak boleh ke kau adil sikit? Semua yang comel-comel, stok nak buat menantu pilihan mentua, kau bagi naik awal padahal tiket diaorang suppose to be at 3.30 petang. Apa nie beb? Adil la weh.. Aku taulah lumrah lelaki suka tengok benda cantik. Bukan lelaki jek. Perempuan pun sama. Tapi kau kan tengah menjalankan tugas?? Pikirlah jugak perasaan orang lain.

Kau sepatutnya consider tiket sapa dulu. Sapa yang tiket dia awal, dia lah naik dulu biler bus kau tu belum penuh. Semua kat situ nak balik. Ok, aku faham sangat-sangat. Kau bagi diaorang naik pastu boleh lah kau mengejas diaorang kan? Buatpa kau tolong aku kan? Weh.. aku pon nak balik jugak lah.... Semua orang nak balik kot?? Tak faham ke? Takpe..takpe.. kau buat aku camnie sekarang, esok-esok time anak kau ke susah, tak dak sapa nak tolong. OK! aku terima.. Itu nasib orang yang tak cumel macam aku. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK!!

Nota kaki pucat : Kau merujuk kepada pak cik driver bas yang bahasakan diri dia 'abang' kepada kakak-kakak cumel!
Amaran : Aku dah kata jangan baca kan? Nasib korang la baca entri sentap nie.. :(

3 comments:

yott said...

sian awk
x baik la pak cik drebar tu pilih2 pulak
tp lelaki mmg susah brsikap adil (tak semua)

Khairul Azmi said...

xnak bace sbnrnya..tpi biasa la manusia suka buat benda2 yg dilarang..memang dah lumrah..
haha..pandai main psikologi la chegu along ni....
sabar la yer...biasa la...yg comel2 jadi pilihan..kui3...
nak buat mcmne..biar ALLAH yg tentukan...

AiDa AzRyN said...

siot je pakcik drebar tu.. saba jela chegu along.. hmm