Pages

26 July 2010

Tak Suka Isnin Tapi Jadi Suka Sebab..

Assalamualaikum bloggie..
Hari Isnin datang lagi. Niat nak menulis pasal trip ke Cameron Highlands last week terbantut coz kawan-kawan masih belum transfer pic kat sana dalam lappy masing-masing. Takpela, nanti aku cite kat korang pasal trip ke sana k?

Hari Isnin merupakan pemula setiap minggu merangkap hari yang paling aku tak gemar dalam banyak-banyak hari. Bukan apa.. bila hari Isnin akan dimulakan dengan perkara yang paling aku menyampah iaitu assembly. Adoii macam mana nak jadik cikgu kalau tak suka perhimpunan nie??

Lepas habis assembly yang biasanya akan panjang lebar sambil berdiri senget-senget lenguh kaki berdiri, aku kena menghadap sesi usrah. Memanglah bagus usrah setiap pagi Isnin nie sebabdia ingatkan kami bakal cikgu nie pasal professionalisme keguruan. Tapi budak nakal macam aku nie selalu saja tak mo dengar..

Tapi hari Isnin ada subjek yang aku tak berapa suka sangat sebenarnya. Tapi aku suka cara lecturer yang ngajar kami. Nama dia Encik Ma'mor. Dia ajar kelas aku subjek Perkembangan Negara Bangsa. Pasal Sejarah. Apa yang aku suka ialah cara dia dengan student dia. Cara macam bapak-bapak gitu. Sporting memang best! Walaupun budak-budak kelas aku selalu main-main tapi dia tak pernah marah-marah kami. Pengetahuan dia pasal Sejarah satu-satu perkara memang buat aku kagum giler. Sekali tengok, cara dia macam cikgu Sejarah aku masa sekolah menengah dulu, Cikgu Roslani. Best.. Tak boring.

Setiap hari Isnin, aku kena menghadap subjek nie 2 jam tapi selalunya tak boring sebab banyak gelak dan main-main. 1 perkara lagi yang aku respek ngan lecturer aku nie, dia takkan berhenti ngajar walaupun keadaan tak mengizinkan. Penah sekali dia sakit dada, dia tetap nak ngajar.. That's why aku respect dia. Moga Allah berikan dia kesihatan yang baik. Amin..


Budak belakang pakai tudung itam tu tangah fokus. Yang pakai baju itam kosong tu la Encik Ma'mor, duduk sebelah budak pakai baju itam belang2, Abang Long.


Najib buat aksi sengal tanpa disedari Encik Ma'mor.

Budak belakang tu dah start main-main..
P/S: Sapa suka subjek Sejarah, angkat tangan! Nak tabik spring kat dia..

5 comments:

NIA said...

tak suka sejarah!*sorok tgn*haha~

CHEGU ALONG said...

sizuka~> bleh geng meh..

wOrLdOfsEcReTwHisPer said...

sejarah??
xdala benci tp bleyla..
haha...sukala jgak..

Aida Azryn said...

haha~ time blaja sejarah je.. mesti aida mengantuk... :DD

Unknown said...

hehehe..suke sejarah sebab time skola dl cekgu sejarah sume bez2