Pages

11 August 2010

Kerana Drama Korea, Semuanya Meletop!

Assalamualaikum bloggie..
Belum terlambat rasanya aku nak ucapkan kepada semua umat Islam especially kawan-kawan blogger dengan ucapan "SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK". Sebenarnya nak ucap malam semalam selepas kompem pak cik penyimpan mohor besar diraja buat announcement. Tapi memandangkan ada masalah yang tak dapat aku nak elakkan maka tergendala lah niat suci aku itu.

Agak-agak korang masalah apa? Ok, untuk pengetahuan semua sepanjang bulan Ramadhan nie maybe aku tak dapat nak berblogging secara aktif. Bukan apa, charger laptop aku udah MELETOP!! meletop ok? meletop berapi-api macam mercun. Cuak betol aku! dan bertambah tragik bila charger meletop dek kerana aku tengok drama Korea terlalu lama. Masuk yang ini, dah 3 kali aku tukar charger laptop yang baru sebab sebelum nie pun meletop bila aku tengok citer Korea sampai tak nak berhenti.

Tapi bila aku fikirkan balik, Allah tu Maha Adil. Aku memang dah niat nak khatam Al-Quran dan rajin-rajin g solat terawih sepanjang bulan puasa nie. Rasanya Allah memang tahu aku nie selalu 'lepat liat' atau keteghak kata orang Utara untuk buat semua tu bila aku dah mengadap citer Korea. Alhamdulillah sejak meletopnya charger laptop aku 2 hari yang lepas, rasanya aku dapat control diri daripada mengadap laptop 24 jam. Bagus jugak.. Selalu abah bising jangan ngadap laptop lama-lama, aku selalu tak dengar. Nie dah meletop, padan muka!!huhu..

Apapun, Selamat Berpuasa ye kawan-kawan?? Moga dapat sama-sama mempertingkatkan amalan sepanjang bulan mulia nie. Amin..

**** Ada sapa-sapa nak belanja aku berbuka???
***** Rindu nak bersahur dekat rumah. Sedih sahur makan biskut kering :(

10 comments:

Camellia said...

meletop???? wew~ ngeri je bunyi die!

sizuka[Izzati] said...

meletop?bahaya jgk lyn cite korea lama2 ni eh.btw selamat berpuasa.hehe:)

iQaChumel said...

chegu..
eh..bole meletop eh..?
ishk..tak sangka la pulok.hoho.
iQa pun jenis pasang lama.
tp...once da tgk drama korea,
mmg addicted :p
selamat berpuasa syg

니나 Nina Awis said...

bahaya tu...hahaha..cite korea mmg bole letupkan laptop...anyway selamat berpuasa!!

@ien_R@z said...

selamat berpuasa.. ^_^

CHEGU ALONG said...

camellia~> tu la..meletop sudah.. :(

CHEGU ALONG said...

sizuka~> tu la..dan masuk kali ke3 nie..cmat berpuasa..

CHEGU ALONG said...

iQa~> tula..meletop da,syg..sedey meh..

CHEGU ALONG said...

nina~> dah tau da tp slalu buat..huhu..cmat berpuasa..

CHEGU ALONG said...

aien~> slmat berpuasa,syg..