Pages

28 September 2010

Aku dan Dia Ditangkap Basah..

Selamat malam semua...

Ini bukan cerita tentang gadis seksi berambut basah. Bukan juga kisah berdua-duaan di dalam hujan. Ini kisah tentang aku dan dia ditangkap basah tempoh hari. Bukan aku sengaja. Aku tak mampu nak menolak takdir Ilahi yang ditentukan buatku.

Ahad yang lalu, aku dan dia saling bersentuhan, ku rasai setiap bulunya mulai basah.. Nafas mendesah sukar bernafas kerana hujan semakin lebat membasahi aku dan dia. Ku lihat dia mulai rapat. Bukan hanya dia malah aku turut merapatinya. Mungkin aku dan dia merasakan kesejukan yang sama menyebabkan kami saling merapat kemudiannya rapat dan rapat. Sungguh godaan semasa hujan lebat di luar sana menyebabkan aku dan dia mulai mendakap satu sama lain. Aku mendakap dirinya. Dapat ku rasakan bulu dadanya yang tebal itu basah dek hujan yang turun. Tak kurang aku basah saat mendakap dirinya.

Lalu.. aku baringkan dirinya agar dia lena di pangkuanku. Ku dakap dia agar kesejukan hujan tidak terus mendinginkan kami. Tiba-tiba, kami dicekup oleh seorang lelaki berkopiah. Ohh.. macam mana mahu aku dan dia bersembunyi lagi?? Soalan pertama diajukan oleh lelaki itu : Dik, nak naik teksi ke dik?? Basah kuyup dah tu... Apa lagi?? Terus aku mengangguk dan ku dakap dia bersamaku.. Inilah kesudahan kisah aku dan dia ditangkap basah.

Ok, sayang.. Meh nak pakaikan u tudung supaya dia tak basah lagi. I lapkan kepala u. Habis basah. Kepam lah u nanti padahal ibu baru jek tolong basuhkan you siap guna Softlan lagi. Nanti you busuk balik kalau tak kering betul2.. Duduk diam-diam dalam teksi sampailah didakap kembali setibanya di pintu masuk blok E asrama aku, redha ku dakap dia masuk ke bilik E 328 itu.



Habis basah body i dan u. Tak pasal-pasal kita kena cekup..


I budak baik. I duduk diam-diam je nie tau.

P/S : Lindung kepala semasa hujan penting untuk menggelakkan demam.

No comments: