Pages

29 September 2010

Spesies Cikgu..

Hai all..
Dalam hidup korang mesti ada spesies cikgu or lecturer yang korang suka ngan tak suka kan? Termasuklah aku. Aku tahu tak baik kalau beza-bezakan spesies cikgu nie samalah macam cikgu tak boleh bezakan murid-murid dalam kelasnya. Tapi sebagai peringatan kepada diri aku kelak, maka aku listkan ini agar aku sentiasa dapat beringat-ingat..

1. Cikgu yang terlampau 'lorat'
Orang Melaka kata 'lorat' Spesies cikgu nie suka ambik tahu semua benda yang kau buat. Dulu masa sekolah,selalu je ada cikgu yang spesies lorat nie. Kalau lorat dia sikit-sikit, aku masih boleh terima meh. Tapi kalau sampai nak selak-selak kain sekolah kau tengok pakai kain dalam ke tak, aku memang kadang-kadang nyampah. (pakai kain dalam itu peraturan sekolah dulu). Tak salah nak check tapi kenalah tanya elok-elok. Budi bahasa kan budaya kita? Jangan main terjah kain sekolah budak-budak..

2. Cikgu yang selalu lari dari topik
Spesies cikgu macam nie kita sepatutnya bincang topik A tetiba dia bincang topik C. Terus terbabas dari benda yang sepatutnya. Macam manalah nak budak-budak nak score kalau cikgu selalu je bersembang? Sembang lari dari topik yang sepatutnya. Kadang-kadang cikgu spesies nie sebenarnya nak ceritakan pengalaman dalam sesuatu topik tapi akhirnya masa P&P habis bercerita kisah hidup dia. Alahai cikgu..

3. Cikgu yang tak dapat nak jangka
Spesies cikgu nie korang selalu jek terkena. Korang tengok macam dia ok jek. Masuk kelas macam biasa. Tup-tup korang dengar cerita pasal korang tersebar luas. Hah! Camno tuh jang? Maksudnya dia masuk kelas, ajar macam biasa. Tapi ada cikgu lain kata : Cikgu S (bukan nama sebenar) kata kelas kamu nie teruk! teruk! (Nie contoh lah..) Kecewa kan? Adoi la...

4. Cikgu yang berharap gila kat korang
Certain cikgu memang berharap gila kat student dia. Maksudnya kalau boleh semua benda nak student dia buat. Dari angkat buku sampailah tanda buku sendiri. Dulu ada cikgu suruh kami student-student nie beli pen merah sebab suruh tanda sendiri buku kami pastu bagi dia tandatangan. Senang gilak kerja dia!

5. Cikgu yang senang bin mudah kerja dia
Spesies cikgu nie masuk dalam kategori disukai dan tidak disukai. Cikgu nie masuk kelas je, ayat dia tetap sama : "Ok murid-murid, buat kerja sendiri." kalau budak tak nakal dan comel macam aku nie memang suka cikgu macam nie. Bolah buat kerja sendiri. Tapi kadang-kadang nyampah meh bila nak dekat exam pun dia tak ngajar, asyik kami buat kerja sendiri je..

Tujuan aku tulis spesies cikgu-cikgu nie bukanlah untuk menjatuhkan imej seorang guru. Guru tu kan ibubapa kedua selepas mak pak kat umah?? Aku juga bakal pendidik. Moga-moga aku tak macam sebahagian cikgu di luar sana. Junjunglah profesionalisme keguruan kita! (Ayat skema tetiba..).

4 comments:

Abu Uwais said...

klu ikut etika keguruan mmg salah kalau kita suh budak tanda buku tapi ada kebaikannya. student akan ingat apa yg salah.

CHEGU ALONG said...

blog putera yusoff~> tu la..tp kalau selalu sgt mcm maner ye?

suichi said...

just wait till we face the reality.. tu je aku nk ckp.. kita guru baru ni mmg la semangat..tp hari esk siapa yg tahu...

CHEGU ALONG said...

suichi~> tu la..tunggu dan lihat je la..