Pages

29 September 2010

Redha Itu Penting!

Redha itu penting. Saya tahu itu. Kalau benda baik berlaku, Alhamdulillah saya redha. Kalau benda buruk berlaku, juga saya redha. Redha itu kan penting? Itu jua berlaku hari ini. Sejuk tangan setiap jari-jemari terasa saya redha untuk pembentangan Literasi Bahasa hari ini. Pensyarah agak tegas dalam setiap pembentangan yang dilakukan bakal guru dalam kelas. Setiap ABM dan aktiviti harus selari dengan RPH yang disediakan. Ya! Saya pegang konsep redha. Saya dan sahabat-sahabat sudah usaha. Allah jualah yang menentukan segalanya. Terima kasih Nor Julia Shafiee. Terima kasih Sharifah Nurhayati Syed Agil. Banyak saya belajar untuk kerjasama kita yang buat sekalian kalinya ini.

Saya selalu gelabah bila takut. Saya selalu gabra bila tertekan. Jujur perbentangan Literasi hari ini tidak terduga sebab dijangka minggu hadapan. Tapi Allah tentukan jua. Hari ini saya, Julia dan Hayati pergi ke depan untuk presentation kami. ABM tak cukup, kami rekakan dalam masa setengah jam yang ada. Guna semula ABM yang ada. Saya akui banyak salah saya dalam presentation hari ini. Saya lupa buat ABM banyak-banyak, saya lupa photostat lembaran kerja banyak-banyak untuk kawan-kawan yang lain, saya lupa banyak perkara. Saya gelabah masa presentation sebab saya takut dan tertekan dengan presentation itu sebenarnya. Saya main tolak-tolak, pas-pas pada Yati dan Jue. Bila saya buat macam tu, tandanya saya dah tak boleh nak cakap apa dah. Saya minta maaf banyak-banyak. Hari nie macam-macam berlaku. Dengan masalah saya terlupa pendrive yang mana satu saya simpan presentation kami, dengan masalah LCD tak boleh berfungsi dan segalanya membuatkan saya makin gelabah. Maafkan saya sebab saya tak sempurna. Saya selalu terlupa dan gabra.

Dari awal sebelum giliran kami saya dah gelabah. Baru presentation biasa, belum present thesis atau apa-apa lagi. Macam manalah saya kalau present sorang-sorang? Bertambah-tambahlah saya gelabah hingga peluh terasa menitik-nitik di kepala seperti selalunya. Tapi Yati yang duduk sebelah saya banyak cakap pada saya : "Kita buat apa yang ada." Jue pusing belakang tanya : Apa yang tak kena? Saya pun pening tak terjawab apa. Jue datang sebelah, sama-sama tampalkan seletip pada ABM  dengan Yati. Terima kasih Jue. Terima kasih Yati. Ini bukan entri bodek. Mereka tak minta saya publish nama mereka di sini. Cuma Allah gerakkan saya untuk menulis hari ini maka saya redha. Presentation hari ini buat saya berfikir dan sedarkan hati saya supaya redhalah dalam setiap perkara. Saya asyik fikir bukan-bukan. Saya takut pensyarah tak approve kerja kami maka pasti kami akan terluka setelah puas berpenat lelah. Saya takut. Semua yang saya fikirkan tak berlaku sebab akhirnya saya tawakal apa sahaja yang berlaku memang kehendaknya. Respon dari pensyarah baik sahaja namun ada penambahbaikan diberi olehnya. Saya mengaku tadi masa pertengahan presentation, saya rasa nak marah bila ada yang main-main tapi akhirnya mereka tetap bagi kerjasama. Terima kasih semua.

Kadang-kadang saya selalu fikir, kalau saya takda kawan-kawan boleh ke saya survive sorang-sorang? Allah itu dah tentukan segalanya dalam setiap perjalanan. Memang saya selalu saja menyakitkan hati, saya cakap lepas main ikut kepala saya, saya gelabah sampai susahkan semua, saya selalu saja buat perkara yang orang lain tak suka. Terima kasih kepada semua yang selalu tolong saya. Terima kasih kepada kawan-kawan yang buat assignment Matematik sama-sama baru-baru ini dengan saya (Syuhada, Nabila, Zainureen dan Yuhanis). Terima kasih jua kepada semua sahabat-sahabat saya.  Buat sekian kalinya saya mohon maaf. Bukan hanya maaf kepada Yati dan Jue tapi kepada semua. Terima kasih banyak-banyak kepada semua. Masih bulan Syawal maka ampunkanlah saya. Saya manusia biasa. Saya tak sempurna.

P/S : Mohon maaf kepada semua yang mengenali diri saya yang tak sempurna.

9 comments:

Yuni Aisyah said...

insaALLAH sumenya akn baik..jgn takut ye..pensyarah approve punye..hehe

CHEGU ALONG said...

yuniaisyah~> thanks yuni.. :)

Safiah Ibrahim said...

same2.. hee :)

Safiah Ibrahim said...

same2.. hee :)

Nobita Sensei said...

jgn gabra jgn takut, bak kate supervisor masa latihan industri dulu: "Alaa..present je pun. Tak mati punyelah"

Unknown said...

jgn gelabah2 ye.... tenangkan diri tau! :)

CHEGU ALONG said...

cikfia~> :)

CHEGU ALONG said...

nobitasensei~> xbley la bro..darah gemuruh terlebih..

CHEGU ALONG said...

nick irfan~> InsyaAllah.doa2kanlah..