Pages

11 January 2011

Alahai Malam Manifesto..

Ya! Kerja memang takkan pernah habis. Macam mana bersungguh buat pun masih ada lagi kerja yang berbaki. Itulah life student aku kat sini akhir-akhir ni. Hari-hari pergi kelas, dengar kuliah panjang-panjang pastu balik bilik bummm... lelap tak ingat dunia! Tambah pulak jadual memang sarat. Oh, aku rindukan waktu-waktu lapang. Itulah ingat-ingat lapang sebelum sempit. Tapi minggu ni selepas berakhirnya demam AJL 21 yang hangat dikatakan oleh sebahagian rakan-rakan aku, minggu ni sibuk dengan Pilihan Raya Kampus 2011/2012. Alhamdulillah kelas aku hantar wakil 2 orang : Izzati dan Zaqwan. GUD LUCK, babe! Sokongan dan semangat selalu untuk korang. Andaikata terpilih, laksanakan lah amanah yang diharapkan oleh semua.

So, bila kata ada PRK 2011/2012, satu event yang selalu dinantikan ialah Malam Manifesto. Masa ni la nak lihat bakat abang-abang dan kakak-kakak KPLI handle PRK sebagai SPR. Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, aku dan beberapa rakan turut sama serta malam ni. Semangat nak sokong kawan-kawan yang masuk. Kalau tahun lepas kuliah aku hantar Izzati dan Nabila, tahun ni kuliah aku pertaruhkan Izzati dan Zaqwan. Memang harap sangat nak tengok manifesto diaorang terutamanya Zaqwan sebab ni kali pertama dia masuk.

Awal-awal lagi Cik Syud dah sound : "Weh.. Jom g tengok manifesto.." Ok, SET! Bersiap-siap lebih kurang sebab tak berapa sihat, asyik batuk sejak petang. Mungkin nak demam agaknya. Tapi demi kawan-kawan, aku dan Cik Syud melangkah ke dewan berdua sebab Cik Bella dan Cik Rumate pergi join PEKOMPERI. Sampai je kat dewan, sentap terus! "Sorry, dik. Tempat manifesto lain-lain. Perempuan dengan lelaki asing-asing. Arahan HEP nie." Ok, takpe. Sokong Izzati dulu pastu berhajat nak sokong Zaqwan pulak. Elok je Izzati dah habis bermanifesto, tetiba abang SPR tu kata : "Dik, tak boleh masuk! Lelaki je.."

Alahai Malam Manifesto.. Tak kenal calon, tak dengar manifestonya, macam manalah nak mengundi? Sabar je la.. Terserempak dengan kakak-kakak senior sem 5, terus diaorang join sentap sama-sama. Penat diaorang datang nak sokong calon diaorang. Kesudahannya, balik bilik buat kerja lagi bagus. Kepada Zaqwan dan Izzati, all the best ya? Sorry Zaqwan, tak dapat nak pergi sokong kau. Apepun kepada kawan-kawan yang ada sama tadi, Syud, Wany, Nisak, Tikah, Pjah and Mira, korang memang bestlah!

No comments: