Pages

11 January 2011

Hati yang berbolak-balik..

Assalammualaikum..
Aku tak pasti kenapa aku macam ni. Mungkinkah kerana faktor cuti semester yang terlalu lama dan sibuk yang lepas aku jadi macam ni? Padahal dulu aku tak macam ni. Dulu-dulu pantang aku bukak laptop, blog adalah pilihan pertama untuk diupdate. Tak bukak Facebook pun takpa. Sebab aku rasakan blog ini adalah satu medium tempat mencoret dan meluahkan perasaan. Sampaikan rakan-rakan yang rapat akan kata, "Hurmm.. Tak habis-habis blog..". Dulu-dulu tak dapat update pun takpe. Dapat blogwalking dari satu blog ke satu blog cukup untuk membuatkan aku happy. Sampaikan kalau hostel tak dapat wireless, aku rela berkampung di library untuk dapatkan khidmat Internet tu. Tapi sekarang, apa faktor aku jadi macam nie?

1. Aku rasa jadual semester yang semakin padat menyebabkan aku terpaksa mengurangkan aktiviti berblog. Ini aku rasa. Tapi mungkin bukan faktornya sebab rakan-rakan lain masih sempat meluangkan masa dengan blog mereka. Itulah manusia. 24 jam yang dikurniakan sama kepada semua tetap dikatakan tak cukup!

2. Aku rasakan tugasan makin bertimbun untuk diberikan perhatian. Mungkin juga ini bukan faktornya. Sebab bila dapat tugasan, bukan aku terus buat, makin bertangguh adalah. Maka sewajarnya alasan ini juga ditolak.

3. Blog ini sudah tiada privasinya. Ini memeang bukan alasan yang logik sebab inilah medium yang aku gunakan selama ini. Dan sejak bila aku sangat-sangat mementingkan privasi sedangkan selama ini aku tak macam ni?

4. Tiada benda nak diceritakan. Idea untuk menulis disertai dengan kesungguhan untuk bercerita sesuatu itu penting. Itu yang aku pegang selama ini. Nak dikatakan tiada benda untuk aku ceritakan juga adalah mustahil sebab banyak benda yang berlaku kepada aku sepanjang aku berada di maktab untuk seminggu ini.

Jadi, kerana apa aku jadi begini? Aku sendiri tidak pasti. Saat entri ini ditulis, ya aku akui aku masih tidak tahu apa punca dan faktornya. Kerana aku dapat rasai, blog ini sudah hilang serinya, sudah mati kerlipannya serta sudah malap cahayanya. Sedangkan di sinilah aku kenal ramai kawan, aku berkongsi banyak perkara dan aku belajar banyak benda. Dan kerana blog juga aku rasa diterima oleh sebahagian insan. Oleh itu, tetapkanlah hatiku untuk menulis tanpa melupakan perkara sampingan yang penting bagiku. Amin.

2 comments:

khairunnisa ♥ said...

rasanya kalau saya balik kolej nanti.. line saya akan slow T__T ;)

happy ber-blogging ^__^

CHEGU ALONG said...

khairunnisa~> uik?nape plak ya?lau sy,kat hostel sgt best sbb dpt line yg laju..huhu