Pages

22 January 2011

Kasut Lama Buruk VS Kasut Baru Tinggi

Assalammualaikum murid-murid. Harap semua sihat-sihat belaka. Jangan jadi macam chegu. Mereng tiga suku sebab terperuk dlam bilik selama 3 hari berturut-turut. Ni semua gara-gara cuti 4 hari yang terpaksa dilalui seorang diri. Al-kisah bermula pada petang Rabu yang lepas..

Along : "Abah, kawan-kawan Along balik kampung cuti 4 hari. Along nak balik jugak boleh?
Abah : "Tak payahlah. Minggu depan cuti Raya Cina dah nak balik."
Along : "Tapi... Along sorang-sorang je nanti." (nada sedih campur sayu)
Abah : "Takde tapi-tapi. Duduk kat hostel diam-diam. Jangan nak merayau!"
Along : "Hurm... yelah."

Petang tu dan pagi Khamis, kebanyakan kawan-kawan pakat-pakat pulang ke kampung masing-masing termasuklah Cik Rumate. Mula-mula positif lagi. Ala.. takpe, bukan lama pun 4 hari. Boleh lepak-lepak kat bilik.

*****

3 jam kemudian... Huarghh! Nak balik kampung!! Dengan penuh harapan, kol abah lagi.

Along : "Abah, Along boring lah kat sini. Kalau dapat balik kan best?"
Abah : "Memanglah best. Tunggu je lah minggu depan"
Along : .......... HAMPA ....... ="(

Sebab hampa sangat, terus jadi rajin buat kerja dobi-mendobi. 2 baldi besar diseret ke toilet, setel sental baju guna tangan. Badan yang penat terus rebah ke tilam, cuba fikir apa lagi patut dibuat. Terus teringat 1 kerja penting nak buat. Jeng3... Nak kerjakan kasut kuliah lama yang dah buruk dan koyak. Sedihnya, elaun belum masuk. Sebenarnya ada je kasut baru. Tapi high heel. Oh, sangat tak sanggup. Pakai 1 hari pergi kuliah, sakit kaki sepanjang hari. Tambah-tambah turun naik bilik kuliah kat Tingkat 5, sampai bilik macam nak putus kaki menahan sakit. Ok, memang surrender, tak sanggup sakit kaki.

Dah koyak 2 lapis. Macam mana nak selamatkan kasut ni?

Kasut ni best tapi sebab dia high heel, oh tak sanggup!

Macam mana ni? Mula ligat berfikir. Ok, dah dapat penyelesaian. Kasut baru yang tinggi masuk dalam kotak semula dan simpan baik-baik dalam loker. Kasut lama? Jarum dan benang dicapai ------> Kasik jahit sama dia!! Tunggu elaun masuk nanti, aku 'let go' kau, ok?


Dah, malas nak fikir lagi. Penat menjahit kasut lama yang buruk selesai. Perut lapar minta diisi. Makan nasik panas berlaukkan sardin sambil pasang lagu kuat-kuat dalam bilik itu memang FEEL...

8 comments:

mira_nas said...

alololloooo..sian ek dok sorang.. takpe.. tak lama dah

Bintu Sazali said...

haha...:)

belum dpt elaun jugak ye? sama la kami...sabaq naa...

tp kan kasut yg baru tu ok what? huhu~

ijatnuar87 said...

isk,siannyer2...4 hari tu...
high heel?braper inci tu?nmpak cam tak tinggi pom,hehehe...

Deqna said...

hye cikgu~! :) me bw here :)

CHEGU ALONG said...

mira_nas~> meh la tmankan..huhu :)

CHEGU ALONG said...

bintun sazali~> lum dpt elaun ag.huhu.. kasut bru tu tinggi,sakit kaki la dear..

CHEGU ALONG said...

ijatnuar87~> mmg xbpe tggi. tp still sakit la,ijat.. ="(

cikgu yam said...

ayah x kasi balik tu sbb nk jimatkan duit....sabo jelah....