Pages

15 February 2011

...15 Februari 2011...

Salam Maulidur Rasul. Hari ni 15 Februari 2011. Bercuti sempena mengenang kelahiran Rasulullah SAW. Tarikh 15 Februari 2011 ini juga adik bongsu aku sambut hari lahir yang ke 10 tahun. Ini surat khas untuk Noor Fatin Syazwani binti Aris dari kakak yang penyayang, Kak Long.

Adik,
Selamat Hari Jadi yang ke 10. Maaf Kak Long tak dapat balik sambut bersama sebab cuti hanya sehari je. Hati ni sungguh-sungguh nak balik sambut bersama tapi apa kan daya. Tak termampu nak balik jua. (sila baca dgn mood orang yang tak dapat balik beraya).

Adik,
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki sentiasa. Dilimpahi rahmat dan nikmat Allah sentiasa, dipermudahkan segala urusan adik dan diterangkan hati dan akal menerima ilmu. Moga terus cemerlang dalam pelajaran. Jadi anak yang baik, mendengar kata dan tak lawan cakap ibu abah. Amin. Jangan peningkan kepala ibu dan abah dengan segala macam kerenah macam Kak Long buat dulu. Teettt...

Adik,
Kak Long tak reti nak cakap Kak Long sayang Adik. Tapi Kak Long tunjukkan dengan perlakuan. Terima kasih dik sebab dengan rela terima bila Kak Long lapar, suruh adik masak maka adik masakkan roti telur hampir lunyai sebab adik tak berapa reti masak tapi Kak Long pulak gilak malas nak masak. Walaupun lunyai tapi roti telur tu best! Terima kasih adik sebab dengan rela terima bila Kak Long kejar suruh bau ketiak Kak Long bau ok ke tak. Sampai bengkak jugak tangan adik sebab terjatuh dek kerana tak rela bau ketiak Kak Long. Tapi kan dik, Kak Long rasa bau dia ok je. Tak paham Kak Long kenapa adik lari. Ishh.. ishh..

Adik,
Tiada hadiah mahal dapat Kak Long berikan untuk adik. Sebab Kak Long pun tak dapat nak balik sambut bersama. (padahal ni alasan sebab duit Kak Long makin kurang. Citt..) Selamat Hari Lahir ye,dik? Ingatlah Kak Long masa makan kek. Jangan beli kek sedap-sedap. Biasa-biasa sudah. Jangan membazir. (padahal Kak Long jeles tak dapat makan kek sedap kat sini.)

No comments: