Pages

14 February 2011

Valentine oh Valentine

Salam semua.
14 Februari datang lagi. Sana-sini orang memperkatakan tentang cinta, bunga, coklat dan kekasih. Sana-sini juga yang menolak kedatangannya lantaran memegang hukum haram menyambut sambutan Hari Kekasih. Mengimbas satu demi satu entri berkaitan Valentine Day, aku tertarik dengan link ini dan ini. Banyak input yang diberikan. Secara peribadi, bagi aku setiap hari adalah hari berkasih sayang. Tak perlu tunggu hingga 14 Februari tiba baru nak raikan dan hargai orang tersayang. Apapun, terpulang kepada individu. Apa yang nyata, telah termaktub sambutan Valentine Day bukan budaya kita. Meminjam slogan junior forum, Muaz "Kita ada akal. Kita fkirlah sama-sama". Semoga hukum yang telah nyata itu diutamakan.

Sempena datangnya 14 Februari ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada seniorku merangkap abang pendebat yang baik, Abang Nazmi. Semoga dipanjangkan umur dan dilindungi oleh Allah sentiasa. Moga dipermudahkan segala urusan dan ketetapan yang baik-baik jua untuknya. Terima kasih untuk segala bimbingan dan nasihat selama ini. Terima kasih telah jadi abang senior yang baik kepada adik-adik debat. Amin.

p/s : Esok perhimpunan bulanan yang lama menanti. Bersedialah dengan kipas kecil di tangan :P

1 comment:

syafiqa said...

xfaham kenapa ramai nak
celebrate walaupun tau dia haram
kan?manusia manusia
u jgn cmtu da la ;p