Pages

22 February 2011

Susah Jadi GEMUK!!

Masa kecik-kecik, budak tembam itu cumel. Budak tembam itu orang geram. Dicubit-cubit, didukung-dukung ke sana ke mari. Semua nak tangkap gambar dengan dia sebab cumel. Dan masa kecik-kecik dulu aku tak termasuk dalam kategori tu. Badan cekeding muka tak putih, gelap jek. Dan aku sangat berlainan dengan adik aku, Angah.

Bila besar, semua perempuan mula jaga badan. Mentaliti dan penglihatan orang melihat KURUS ITU CANTIK. Kalau tak percaya pergi cari buku "Teh Tarik Kurang Manis" yang ditulis Abdul Jalil Ali. Tak perlu susah-susah baca pun, korang boleh tengok sekeliling korang. Senang jadi orang kurus. Senang dapat baju, senang nak fit semua benda. Pakai apa pun cantik. Dulu kawan aku kata : "Biar muka biasa-biasa, janji badan kurus daripada muka cantik tapi badan gemuk!"

Ok, selaku antara manusia yang dalam kategori gemuk, tembam, terlebih sihat dan sekategori dengannya. Sapa kata senang jadi macam kami? Jiwa kena kental, hati kena tabah. Bukan semua orang boleh tahan bila orang perli-perli. Dan untuk itu, tak semua orang sanggup. Penat nak jawab soalan, "Kenapa gemuk? Makan banyak eh?" Kuantiti makanan yang orang sihat-sihat ambik ni tak semestinya banyak. Tapi sebahagian orang kadar metabolismenya rendah. Macam aku, aku perlukan air yang banyak. Tak makan takpe tapi air kena ada. Dalam tempoh 3 hari, aku memang perlukan air sebanyak 5 liter. Maka, perpeluhan dijana dengan aktif tapi makanan? Hampeh! Terbantut seterusnya menjana cebisan-cebisan yang tidak diingini.

Sebab tu la, aku kata jadi gemuk ni susah. Tujuan tulis ni bukan nak mengeluh. Jauh sekali tak bersyukur dengan nikmat Tuhan. Tapi diri ni tengah 'down'. Kawan-kawan lain majoriti dah dapat baju kelas tapi aku belum lagi. Tengok sorang-sorang gosok baju kelas untuk trip ke Pasir Salak esok, ok! Aku ngaku aku 'down'! ="(

2 comments:

Bo0lat's Heart said...

Sy gemuk jgk.. Mmg down pn kalu hal bj kelas.. Budak laki t'paksa utamakan saiz besar utk sy n kdg2 ade yg mengeluh.. Kene perli jgn cakap lar, mls nk amik ati jer.. Wat xtau sudah~

Warna Warni Kehidupan said...

ignore..kenapa nak pukir benda yang susahkan hati...gembirakan diri sendiri..gemuk itu chomelll....