Pages

13 February 2011

Undurnya Hosni Mubarak

Assalamualaikum.
Sana-sini orang mula bercerita tentang Mesir dan pemimpin Mesir merangkap boneka Israel dan Barat, Hosni Mubarak. Riuh serata Malaysia tentang kepulangan anak-anak perantauan ke tanah air kerana bimbangkan keselamatan diri. Walaupun pada pendapat aku dan kebanyakan rakan, mereka tidak sepatutnya pulang ke Malaysia. InsyaAllah Allah sentiasa lindungi orang yang benar. Orang-orang Mesir yang memberontak kerana mahukan Hosni Mubarak turun dari jawatan, bukan mencederakan orang lain yang tidak bersalah. Tambah-tambah kalau pelajar Malaysia yang kebanyakannya Melayu pula. Mereka kenal orang Melayu kebanyakannya baik-baik belaka di sana. Dan sekiranya telah tertulis terkorban di perantauan, itulah syahid kerana menuntut ilmu di sana.

Tapi, itu sekadar pandangan. Kita tak berada di tempat mereka. Apatah lagi, keluarga tersayang pastinya bimbang. Dan akhirnya 12 Februari 2011 menyaksikan Hosni Mubarak berundur dan menyerahkan kuasa kepada pihak tentera. Alhamdulillah, berakhir sudah penderitaan 30 tahun rakyat negara Mesir. Moga kesudahan yang baik untuk mereka-mereka yang sabar.

4 comments:

cik ubi said...

ak br tahu ni..nice info..:)

student said...

harapannya pimpinan yang akan menggantikan ni lebih baik lagi kepimpinannya...:)

CHEGU ALONG said...

cik ubi~> sharing si caring :)

CHEGU ALONG said...

student~> InsyaAllah..Amin